Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024 : Melalui Belanjawan 2024, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Kadar bayaran bantuan SARA adalah sebanyak RM1200 kepada 700, 000 penerima STR yang layak.
Program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta, berbanding tahun 2023 yang hanya melibatkan 210,000 penerima dengan belanjaan RM130 juta. Ini menandakan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 telah merangkumi dua kumpulan iaitu miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang terhad kepada miskin tegar sahaja.
Selain itu, peningkatan jumlah bantuan untuk isi rumah kepada RM1200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Bagaimanapun individu bujang kekal pada RM600.
Tambahan lagi, liputan juga diperluas berdasarkan maklum balas daripada penerima, penggunaan kredit SARA telah diperluaskan melangkaui barangan makanan asas. Ia kini meliputi tiga kategori penting tambahan iaitu barangan kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah.
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Baca Juga:
- E-Wallet 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran
- Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2024
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Melalui data e-Kasih dan JKM terdapat dua golongan kategori miskin iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Bermula Januari ini kedua-dua kategori iniĀ akan mendapat bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan. Selain itu, kategori ini juga berhak untuk menerima STR sehingga RM2500 bergantung kepada syarat kelayakan dan jumlah yang telah ditetapkan.
Semakan Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
- Layari lama web rasmi SARA di https://mykasih.com.my/
- Klik pada butang “Semak Status SARA 2024” di halaman utama
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Anda akan melihat status SARA 2024 anda, sama ada anda layak, tidak layak, atau sedang diproses
- Jika anda layak, anda juga akan melihat jumlah SARA 2024 yang akan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut kategori anda.
Tarikh Bayaran Bantuan SARA 2024
Penerima yang berada di Semenanjung Malaysia akan menerima bayaran SARA Januari hingga Disember 2024 (RM100/sebulan)
Manakala penerima yang berada di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima bayaran SARA dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang.
Jumlah tersebut akan dikreditkan ke akaun bank atau secara tunai pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/