STR Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

STR Fasa 2 2024 : bentuk bantuan kawangan dari kerajaan untuk rakyat Malaysia bagi meringankan beban yang di hadapi oleh mereka.

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan pembayaran bantuan kewangan ini pada bulan April 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024

Setiap individu atau rakyat Malaysia perlu berdaftar dalam sistem MySTR untuk mendapatkan bantuan ini. Menurut statistik terdapat seramai 8.2 juta orang yang telah berjaya mendaftar dalam sistem MySTR.

Tambahan lagi, pada tahun ini angka pendftaran atau permohonan STR 2024 dijangka meningkat sehingga menghampiri 9 juta orang termasuk proses permohonan baharu dan kemas kini data yang di buka sepanjang tahun.

STR Fasa 2 2024

Baca Juga :

Tarikh Bayaran

  • Tarikh Pembayaran untuk Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Tarikh Pembayaran untuk Fasa 2 : April 2024
  • Tarikh Pembayaran untuk Fasa 3 : Ogos 2024
  • Tarikh Pembayaran untuk Fasa 4 : November 2024

Tarikh khusus atau tarikh sebenar untuk pembayaran STR Fasa 2 akan diumumkan oleh Kementarian Kewangan Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan untuk mengagihkan bantuan STR Fasa 2 pada awal bulan April atau dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024

Kadar bayaran bergantung kepada kelayakan setiap kategori yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Berikut merupakan kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori:

Selain itu, kerajaan juga telah memberikan kadar tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan konsep pembelian tanpa tunai kepada penerima STR 2024.

Berikut merupakan kadar tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA):

Cara Semakan STR Fasa 2

  • Penerima STR yang layak boleh melayari portal rasmi MySTR – klik DI SINI
  • Klik Log Masuk > Masukan No. Kad Pengenalan > Sahkan kata kunci keselamatan > Masukkan Kata Laluan > Klik Semakan Permohonan > pemohon boleh rujuk status permohonan.

Kaedah Pembayaran STR Fasa 2

  1. Pembayaran melalui pengkreditan ke Akaun Bank penerima / Pasangan
  2. Pembayaran tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada maklumat Akaun Bank atau Status Pengkreditan Gagal Kredit.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/