Permohonan Bantuan Am Persekolahan Kini Di Buka

Bantuan Am Persekolahan : Bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (WAIWP) bagi kawasan Labuan.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu anak-anak asnaf di peringkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pembelajaran.

Pengenalan

WAIWP Labuan telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan bagi tahun 2024 untuk membantu ibu bapa memenuhi keperluan persekolahan anak-anak. Bantuan ini khas untuk pemohon yang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Oleh itu, ibu bapa / penjaga perlu menghantar permohonan serta dokumen yang berkaitan kepada Guru Biasiswa MAIWP di sekolah anak masing-masing sebelum 29 Mac 2024. Hal ini bermaksud permohonan di buka sehingga bulan mac 2024 sahaja.

Syarat Umum Permohonan Bantuan Am Persekolahan WAIWP 2024

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu (1) tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Kelulusan permohonan tertakluk kepada kiraan Had al-Kifayah.

Cara Permohonan Bantuan Am Persekolahan WAIWP 2024

  • Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan borang permohonan melalui Guru Biasiswa MAIWP di sekolah anak masing-masing.
  • Lengkapkan borang tersebut dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
  • Hantarkan borang dan dokumen sokongan tersebut kepada Guru Biasiswa WAIWP di sekolah anak masing-masing sebelum 29 Mac 2024.

Bantuan Am Persekolahan

Baca Juga :

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;

  1. Borang Permohonan – Muat turun borang di sini
  2. Satu (1) keping gambar pemohon yang berukuran passport dan berwarna (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu (1) salinan kad pengelanan (Pastikan ada cop pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara)
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  4. Satu (1) salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.
  5. Satu (1) salinan muka depan buku Bank Islam Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.
  6. Satu (1) salinan bil utiliti / cukai pintu rumah yang didiami.

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

  1. Keluarga bercerai
    • Satu (1) salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  2. Ahli keluarga yang telah meninggal dunia
    • Satu (1) salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri
  3. Saudara baru
    • Satu (1) salinan kad memeluk Islam
  4. Orang Kelainan Upaya (OKU)
    • Satu (1) salinan kad OKU
  5. Pengidap sakit kronik
    • Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja
  6. Muflis
    • Satu (1) salinan surat pengesahan bankrupsi dan Syarikat Insolvensi

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2024. Boleh terus hubungi Unit Agihan Zakat (Labuan) di talian 019-385 2878 atau layari laman web rasmi https://www.maiwp.gov.my