Pengeluaran KWSP Akaun 1 dibenarkan untuk membuat pengeluaran. Untuk Akaun 2 KWSP hanya meluluskan sebahagian pengeluaran simpanan mengikut kelayakan yang telah ditentukan.
Hal ini adalah untuk memastikan agar ahli masih mempunyai simpanan untuk hari tua mereka.
Pengeluaran KWSP Akaun 1 – Berumur 55 Tahun
Pengeluaran penuh simpanan KWSP untuk Akaun 1 dan Akaun 2 adalah dibenarkan sekiranya ahli telah mencapai usia 55 tahun tetapi pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55.
Walau bagaimanapun, sekiranya pencarum masih ingin meneruskan pekerjaan maka caruman yang diterima selepas itu akan masuk ke dalam Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai usia 60 tahun.
Baca Juga :
- STR Fasa 2 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM
- Permohonan Bantuan Am Persekolahan Kini Di Buka
- Rumah PPR 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Hilang Upaya
Kehilangan Upaya juga boleh membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP selepas mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bahkan layak untuk mendapat Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5000 untuk meringankan beban mereka.
Pekerja Berpencen
Ahli yang boleh membuat pengeluaran penuh adalah Pekerja Berpencen atau Persaraan Pilihan.
Pekerja Berpencen bermaksud pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
Meninggalkan Negara
Ahli yang melucutkan taraf kewarganegaraan dan berhijrah atau berpindah ke negara lain boleh membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP.
Kematian
Sekiranya ahli KWSP telah meninggal dunia maka waris terdekat boleh membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP tersebut. Oleh itu, pihak KWSP justeru menggalakkan bahawa ahlinya perlu membuat penamaan untuk memudahkan urusan pengeluaran simpanan selepas kematian.
Permohonan pengeluaran penuh KWSP boleh dibuat secara online di sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetpkan oleh pihak KWSP.
Maklumat Lanjut Pengeluaran KWSP Akaun 1
sebarang persoalan mengenai proses pengeluaran dan dokumen yang diperlukan, sila layari laman web rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli