Waktu Mustajab Doa Berbuka Puasa Sendiri, Beramai-Ramai & Ketika Hampir Berbuka : Memahami tata cara dan keutamaan doa pada saat berbuka adalah penting bagi umat Islam, kerana ia merupakan saat di mana doa dipercayai lebih mudah dikabulkan.
Berikut adalah doa yang boleh diikuti untuk melaksanakan bacaan doa berbuka puasa dengan khusyuk dan penuh pengharapan kepada keberkatan dari Allah SWT.
Doa Berbuka Puasa Sendiri
Doa untuk berbuka puasa sendiri:
Ertinya:
Ya Allah, kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Maha Pengasih.
Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai
Doa untuk berbuka puasa secara beramai-ramai:
Ertinya:
Ya Allah, kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa Sebelum Masuk Waktu Berbuka Puasa (Waktu Mustajab)
Waktu Mustajab bermaksud momen yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang di saat berdoa agar dikabulkan dengan mudah
dan memberikan kesempatan bagi kita untuk merenung dan memohon dengan lebih khusuk.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil, dan doanya orang yang di zalimi.”
Hadis Riwayat At-Tirmizi
Baca Juga :
- MySTR Fasa 2 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Mula Dikreditkan Hari Ini
- MyLesen B2 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Adab-Adab Dalam Berdoa
Berikut merupakan adab-adab dalam berdoa:
- Dimulakan Dengan Memuli Allah SWT dan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Sebainya Dalam Keadaan Berwuduk, Suci dan Bersih
- Memahami Isi Doa Yang Hendak Di Pohon
Cadangan Doa Sebelum Berbuka Puasa
Berikut merupakan cadangan doa sebelum berbuka puasa bermula hari 1 hingga hari 30:
Sumber: akuislam