Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan yang akan terus diberikan pada tahun 2024 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Matlamat utamanya adalah untuk memastikan kelangsungan dan peningkatan kualiti kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

Bantuan Warga Emas ini merupakan satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada warga emas yang kurang berkemampuan, terutamanya mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Program ini dirancang dengan teliti untuk memastikan bahawa bantuan yang diberikan dapat memenuhi keperluan asas dan meningkatkan kualiti hidup penerima manfaat, sekaligus menjamin kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka.

Baca Juga :

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan:

  • Mestilah seorang Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang tidak tinggal di
    • Institusi kendalian JKM atau
    • Pusat jagaan harian / kediaman perkhidmatan yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

NOTA : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Permohonan

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:

Hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang berdekatan dengan membawa borang yang berkaitan serta dokumen sokongan.

Borang yang berkaitan 

  • Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  • Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun

Dokumen Sokongan yang perlu disertakan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (cop pengesahan)
  • Salinan pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama (cop pengesahan)
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama (cop pengesahan)
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dokumen lain yang berkaitan

INFO : Sila ambil perhatian bahawa setiap permohonan yang diterima akan melalui proses siasatan mendalam untuk menentukan kelayakan pemohon terhadap bantuan yang dipohon. Proses ini selaras dengan prinsip dalam menyampaikan bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan semata-mata hak.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan untuk membuat permohonan boleh hubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM yang berdekatan atau layari www.jkm.gov.my/jkm/