Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri – Pihak kerajaan negeri telah membuat satu pengumuman penting yang akan memberi impak positif kepada komuniti penjawat awam.
Dengan sukacitanya, diumumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) sejumlah RM1,000 akan diberikan kepada setiap penjawat awam sebagai penghargaan atas dedikasi dan komitmen mereka.
Tambahan pula, dalam satu langkah yang belum pernah terjadi sebelum ini, bantuan yang sama juga akan diperluaskan kepada 995 ketua kampung, sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting mereka dalam memimpin dan mengurus komuniti di peringkat kampung.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, telah mengumumkan bahawa bantuan kewangan akan disalurkan kepada penjawat awam negeri, ketua kampung, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ), serta pekerja sambilan harian.
Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Baca Juga :
- MySTR Fasa 2 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan
- Bantuan Perayaan Khas RM500 Untuk Rakyat Malaysia
- Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
- Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan Bermula Tahun Ini
Semasa beliau berucap di hadapan kira-kira 800 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan.
Beliau menyatakan iniĀ merupakan pertama kalinya, bantuan ini juga diperluas untuk merangkumi semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,
menandakan satu langkah positif dalam usaha pembangunan komuniti.
Bantuan Akan Memanfaatkan 8,804 Penerima
Saarani menyatakan bahawa BKK Raya melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta yang akan memberi manfaat kepada 8,804 penerima.
Dijangka, bantuan atau bonus tersebut akan disalurkan sebelum Aidilfitri.
Pada tahun sebelumnya, kerajaan Perak telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700
untuk penjawat awam negeri dan RM500 untuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri.
SUMBER : BERNAMA