Bantuan STR Fasa 2 – Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memberi arahan agar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) disalurkan kepada penerima yang layak bermula April 2024.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Untuk makluman, sehingga kini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah mendaftar untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Jumlah penerima dijangka meningkat hingga 9 juta menjelang akhir tahun memandangkan permohonan dan kemas kini masih dibuka sepanjang tahun.
Berikut dikongskan mengenai pembayaran STR Fasa 2 yang boleh didapati untuk rujukan semua.
Baca Juga :
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024
- Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
- Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan Bermula Tahun Ini
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Untuk makluman, kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri sebelum ini telah melaksanakan beberapa skim bantuan untuk membantu rakyat Malaysia. Skim-skim tersebut termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula skim-skim ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Melalui program STR, kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR Fasa 2 diharapkan dapat meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima, dengan peruntukan yang disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 2
Tarikh sebenar akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan agar pembayaran Fasa 2 dibuat sebelum Aidilfitri, iaitu awal April.
Untuk fasa seterusnya, Belanjawan 2024 menyediakan bayaran tambahan untuk Miskin Tegar dan sumbangan makanan.
LHDN mengesahkan penerima Fasa 2 adalah mereka yang telah menerima Fasa 1, dengan data disemak hingga 28 Februari.
Permohonan baru atau kemaskini untuk penerima yang tidak termasuk dalam Fasa 1 dan 2 akan diproses untuk Fasa 3 sekiranya layak.
Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 2
- Isi Rumah
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Anak lebih dari 5 orang : RM2500
- Anak 3-4 orang : RM2000
- Anak 1-2 orang : RM1500
- Tiada Anak : RM1000
- Pendapatan RM2501 – RM5000
- Anak lebih dari 5 orang : RM1250
- Anak 3-4 orang : RM1000
- Anak 1-2 orang : RM750
- Tiada Anak : RM500
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
- Bujang
- Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350
Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
Cara Semakan
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Kaedah Bayaran
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/