Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan Tahun 2024

TERKINI : Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan Tahun 2024

Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan Tahun 2024

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan kewangan khas sempena Aidilfitri.

Datuk Dr Adnan Mat, Presiden, menyatakan keyakinannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan segera mengumumkan maklum balas terhadap pemintaan mereka, meskipun Aidilfitri semakin dekat dan kerajaan belum memberikan jawapan.

Beliau berkata, pemberian bantuan khas perayaan sudah menjadi tradisi sejak 10 tahun lalu.

Bonus Setengah Bulan Gaji

Baca Juga:

Bantuan Bonus Sebulan Gaji Sempena Perayaan

“Beberapa kerajaan negeri sudah mengumumkan bantuan khas perayaan. Antaranya Selangor yang memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak sebulan gaji.

“Selain Selangor, negeri yang sudah mengumumkan bantuan itu ialah Pulau Pinang, Johor dan Perak manakala Sarawak baru sahaja memberi insentif sistem saraan sebanyak RM2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Ihya Ramadan Bubur Pedas CUEPACS di Sarawak.

Bonus Setengah Bulan Gaji

Bonus Setengah Bulan Gaji, CUEPACS Sudah Menghantar Surat Rasmi

Adnan berkata, CUEPACS sudah menghantar surat rasmi kepada kerajaan berhubung rayuan untuk mendapatkan bantuan khas kepada kakitangan awam Persekutuan itu.

“Dalam surat itu kita merayu kepada kerajaan supaya mengambil maklum sebagaimana pelaksanaan pemberian bonus di negeri-negeri.

“Tetapi kakitangan awam Persekutuan tidak menerima bonus tahun ini seperti yang diterima kakitangan awam negeri, sebaliknya kita diberi bayaran insentif awal sistem saraan sebanyak RM2,000.

“Jadi, untuk perayaan Aidilfitri ini kita meminta sekurang-kurangnya kerajaan mempertimbang setengah bulan gaji,” katanya.

SUMBER: Berita Harian