KWSP Akaun 3 : Tarikh Lulus & Pengkreditan Bayaran
KWSP akan memulakan penstrukturan semula akaun yang telah diumumkan pada 11 Mei 2024.
Banyak pertanyaan telah diajukan mengenai tarikh bayaran, proses kredit ke akaun, dan kaedah pengkreditan yang akan digunakan.
Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bayaran Akaun 3 KWSP, adalah penting untuk terus mengikuti perkembangan terbaru dari KWSP.
Pengenalan
Penjenamaan semula akaun KWSP adalah langkah strategik untuk memperkukuhkan jaminan pendapatan persaraan ahli dan memastikan ia memenuhi keperluan kitaran hayat mereka.
Akaun 1 kini dikenali sebagai “Akaun Persaraan”, manakala Akaun 2 telah ditukar namanya menjadi “Akaun Sejahtera”, dengan fungsi asal kedua-dua akaun ini dipertahankan tanpa perubahan. Tambahan pula, “Akaun Fleksibel” telah diperkenalkan sebagai pilihan ketiga yang memberi kebebasan kepada ahli untuk mengakses atau mengeluarkan simpanan mereka bila-bila masa, dengan syarat tertentu.
Caruman baru selepas tarikh pelaksanaan akan dibahagikan ke dalam ketiga-tiga akaun ini dengan nisbah yang telah ditentukan, iaitu 75% ke “Akaun Persaraan”, 15% ke “Akaun Sejahtera”, dan 10% ke “Akaun Fleksibel”, memastikan pengurusan kewangan yang lebih fleksibel dan berstruktur bagi ahli KWSP.
Baca Juga :
- Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
- Bantuan RM1000 Untuk Kanak-Kanak : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Cara Daftar Akaun 3 KWSP
Ahli berhak memilih untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan mereka dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan.
Proses pemindahan ini boleh dilakukan selepas tarikh pelaksanaan yang ditetapkan.
Amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel ini akan ditentukan berdasarkan baki simpanan yang ada dalam Akaun Sejahtera pada tarikh permohonan dibuat.
Bagi ahli yang memiliki baki simpanan sebanyak RM3,000 atau lebih dalam Akaun Sejahtera, amaun tersebut akan diagihkan ke dalam Akaun Fleksibel mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
- Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) ;
- Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) ; dan
- Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan (Akaun 1)
Untuk ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 Akaun Sejahtera pula adalah seperti berikut :
- Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
- Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.
- Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.
Baki Akaun Sejahtera RM1000 dan ke bawah :
Pindahan amaun boleh di buat oleh ahli dalam Akaun Fleksibel melalui saluran seperti berikut :
- KWSP i-Akaun ; atau
- Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.
Tarikh Daftar / Permohonan Pindahan Amaun
Mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli berpeluang untuk memindahkan amaun permulaan mereka.
Peluang ini unik kerana ia hanya boleh diambil sekali sahaja dalam tempoh yang telah ditetapkan, dan setelah keputusan dibuat, ia tidak boleh dibatalkan.
Bagi ahli yang memilih untuk tidak memindahkan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel akan kekal tidak berubah.
Di samping itu, caruman baru akan terus dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel, mengikut terma dan syarat pengeluaran yang telah ditetapkan.
Tarikh Kelulusan Pemindahan Bayaran Ke Akaun 3 KWSP
Ahli KWSP yang telah mendaftar boleh memohon pemindahan dana ke Akaun 3 atau Akaun Fleksibel.
Setelah permohonan diluluskan, yang biasanya memerlukan masa antara tiga hingga lima hari bekerja, bayaran akan diproses.
Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dilakukan pada bila-bila masa, tetapi perlu mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan.
Adalah disarankan oleh KWSP agar pengeluaran dari Akaun Fleksibel hanya dilakukan dalam keadaan kecemasan atau apabila menghadapi keperluan mendesak.
Cara Memohon Pengeluaran Akaun 3
- KWSP i-akaun; atau
- Kaunter KWSP
Kaedah Bayaran Pengeluaran Akaun 3
Untuk melakukan pembayaran Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP, ahli harus memenuhi syarat-syarat berikut:
- Memiliki akaun bank yang masih aktif, sama ada simpanan atau semasa;
- Akaun bank tersebut mesti didaftarkan atas nama ahli itu sendiri, bukan sebagai akaun bersama atau atas nama syarikat.
Bayaran akan diproses melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Sebagai peringatan, ahli yang belum memiliki akaun bank disarankan untuk membuka akaun bank terlebih dahulu sebelum mengajukan permohonan untuk Pengeluaran Akaun Fleksibel.
Tarikh Kelulusan / Bayaran Pengeluaran Akaun 3 KWSP
Bayaran dari Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP akan diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan telah diluluskan oleh pihak KWSP.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :
- Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Hotline : 03-8922 6000
- Laman web rasmi : www.kwsp.gov.my
- Kenyataan media : https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-
- Soalan Lazim (FAQ) Akaun 3 : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun