Pembayaran MySTR Fasa 3 : Jadual & Jumlah Bantuan

Pembayaran MySTR Fasa 3 – Menteri Kewangan Malaysia telah memaklumkan jadual dan jumlah pembayaran bantuan STR pada tahun ini di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah dalam belanjawan 2024.

Pembayaran MySTR Fasa 3

Pada tahun lepas pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan program bantuan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyatnya.

Program bantuan tersebut adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kemudian diteruskan sehingga kini pada tahun 2024.

Jumlah bantuan tunai ini telah diumumkan di mana sekitar 9 juta penduduk Malaysia adalah dalam kategori layak untuk menerima manfaat bantuan ini iaitu jumlah bantuan adalah sebanyak RM2,500 dalam tempoh setahun dan bergantung kepada setiap kategori.

Terdapat beberapa kategori untuk penerima STR seperti bujang, isi rumah, dan warga emas tiada pasangan.

Bayaran fasa 3 ini akan disalurkan pada bulan Ogos 2024 dan akan diumumkan kemudian oleh pihak kerajaan.

 

Pembayaran MySTR Fasa 3

Baca Juga :

Jadual Pembayaran MySTR Fasa 3

Untuk makluman semua, bayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai diagihkan kepada semua penerima yang layak untuk program bantuan ini.

Adalah dinasihatkan setiap penerima yang layak perlu peka terhadap pengumuman terkini mengenai program bantuan ini.

Tarikh tepat pembayaran akan diberitahu selepas pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada bulan Ogos 2024.

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Pembayaran MySTR Fasa 3

Jumlah Pembayaran

Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

Pembayaran MySTR Fasa 3

Cara Semakan

Kaedah Bayaran

  1. Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  2. Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  3. Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/