SARA 2024 : Dalam Belanjawan Madani 2024, keluarga yang mempunyai lima anak atau tiga anak dengan status miskin tegar akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1200.
Selain itu, bantuan ini juga diperluas dalam Belanjawan 2024 kepada 700,000 penerima Skim Tunai Rahmah (STR), di mana mereka akan mendapat RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
Pembayaran ini akan dilakukan melalui sistem yang sama seperti sebelumnya, iaitu menggunakan MyKad.
Kategori Yang Layak Menerima SARA 2024
Penerima isi rumah yang miskin tegar telah dikenal pasti akan menerima kadar tambahan Sumbangan Tunai Rakyat (STR) sebanyak RM1200.
Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Baca Juga :
Kategori & Jumlah Bantuan Asas Rahmah
Dua kategori baharu telah diperkenalkan dalam fasa kedua Sumbangan Asas Rahmah, yang merangkumi isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digunakan untuk mengenal pasti penerima yang layak.
Sebagai contoh, isi rumah dalam kategori ini berhak menerima sumbangan RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan di bawah
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bermula pada bulan Januari.
Selain itu, mereka juga layak untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2500, jumlah yang ditentukan berdasarkan bilangan anak dalam keluarga tersebut.
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2
- Portal MySTR
- Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk > Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Portal MyKasih
- Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
- Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
- Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
- Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF
Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) untuk tahun 2024 telah mula disalurkan pada 01 Februari 2024 dengan jumlah RM100 setiap bulan.
Bayaran berikutnya akan bermula pada bulan Mac 2024 dan akan disalurkan terus ke akaun MyKad penerima pada hari pertama setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Penerima di Sabah dan Sarawak akan menerima dua kali bayaran sebanyak RM600.
Pembayaran pertama akan dikreditkan ke akaun bank pada 19 Februari 2024, yang iaitu pada hari Isnin, dan pembayaran kedua pada 12 Ogos 2024, juga pada hari Isnin.
Bayaran ini akan dilakukan secara tunai melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional yang beroperasi di seluruh negara.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024