MySTR Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

MySTR Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Semakan untuk bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh disemak melalui portal MySTR.

Ini merupakan salah satu segmen dari inisiatif bantuan kewangan yang telah disediakan dalam Belanjawan 2024.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada penerima yang layak dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

STR Fasa 3 : Semakan

Baca Juga :

Sumbangan tunai Rahmah (STR) 2024

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan penjenamaan semula skim bantuan yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui STR, kerajaan menyalurkan sumbangan tunai sehingga RM3,100 kepada golongan B40.

Fasa kedua STR, dengan peruntukan hampir RM8 bilion, bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3

Tarikh bayaran bagi STR Fasa Tiga dijadualkan bermula pada bulan Ogos 2024.

Maklumat terperinci mengenai tarikh sebenar akan disediakan selepas pengumuman rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk tahun 2024, tarikh-tarikh pembayaran STR untuk fasa 1, 2, 3, dan 4 adalah seperti berikut :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

STR Fasa 3 : Semakan

Dalam fasa seterusnya, kerajaan akan memperkenalkan pembaharuan pada Belanjawan 2024, termasuklah pemberian bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar.

Selain itu, sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas juga akan disalurkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

MySTR Fasa 3 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun :

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

Status STR FASA 3

Cara Semakan

Kaedah Bayaran

  1. Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  2. Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  3. Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/