Semakan Status Bayaran KWSP Akaun 3 Dikreditkan

Semakan Status Bayaran KWSP Akaun 3 Dikreditkan

Pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP, yang telah diumumkan sebelum ini, akan bermula pada 11 Mei 2024.

Ramai yang bertanya tentang tarikh bayaran akan diproses dan dikreditkan ke akaun, serta kaedah pengkreditan yang akan digunakan.

Untuk maklumat terkini berkaitan bayaran Akaun 3 KWSP, marilah kita ikuti perkembangan terbaru dari KWSP.

Pengenalan

Penstrukturan semula akaun KWSP bertujuan untuk mengukuhkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Perubahan ini melibatkan penstrukturan semula daripada dua akaun kepada tiga akaun, yang mana akan memberikan lebih banyak fleksibiliti dan pilihan kepada ahli dalam menguruskan simpanan mereka.

Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada ahli, dengan memastikan keselamatan kewangan mereka selepas bersara.

  • Akaun yang sedia ada telah dinamakan semula; Akaun 1 kini dikenali sebagai “Akaun Persaraan”, manakala Akaun 2 telah ditukar namanya kepada “Akaun Sejahtera”. Walaupun terdapat perubahan nama, tujuan asal kedua-dua akaun ini kekal tanpa sebarang perubahan.
  • Memperkenalkan akaun ketiga iaitu “Akaun Fleksibel”.
  • Ahli boleh mengakses atau mengeluarkan simpanan dalam Akaun Fleksibel pada bila-bila masa mengikut keperluan, dengan syarat tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam tiga akaun berbeza mengikut nisbah yang telah ditetapkan: Akaun Persaraan akan menerima 75% daripada jumlah caruman, Akaun Sejahtera akan menerima 15%, dan Akaun Fleksibel akan menerima 10%.

Semakan Status Bayaran KWSP

Semakan Status Bayaran KWSP

Baca Juga :

Cara Daftar Akaun & Semakan Status Bayaran KWSP Akaun 2

Ahli boleh memilih untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan mereka dalam Akaun Sejahtera (seperti yang dijelaskan dalam soalan 12) ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan selepas tarikh pelaksanaan.

Amaun permulaan yang ditentukan untuk Akaun Fleksibel akan bergantung pada baki simpanan yang ada dalam Akaun Sejahtera pada tarikh permohonan tersebut.

Berikut merupakan Amaun yang dipindahkan akan diagihkan mengikut nisbah yang telah ditetapkan sebelumnya :

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) ;
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) ; dan
  • Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan (Akaun 1)

Semakan Status Bayaran KWSP

Untuk Akaun Sejahtera dengan baki simpanan RM1,000 atau kurang, jumlah penuh akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

Manakala bagi Akaun Sejahtera yang baki simpanannya lebih dari RM1,000 tetapi tidak melebihi RM3,000, sejumlah RM1,000 akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

Semakan Status Bayaran KWSP

Baki Akaun Sejahtera RM1000 dan ke bawah :

Pindahan amaun boleh di buat oleh ahli dalam Akaun Fleksibel melalui saluran seperti berikut :

  • KWSP i-Akaun ; atau
  • Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Tarikh Daftar / Permohonan Pindahan Amaun

Mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli berpeluang untuk memindahkan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

Proses ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan keputusan yang dibuat tidak boleh dibatalkan.

Selepas tempoh ini, caruman baru akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Tarikh Kelulusan Pemindahan Bayaran Ke Akaun 3 KWSP

  • KWSP menyarankan agar pengeluaran dari Akaun Fleksibel hanya dilakukan dalam situasi kecemasan atau apabila menghadapi keperluan yang mendesak.
  •  Pengeluaran dana boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli, dengan syarat mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Proses permohonan pengeluaran ini biasanya mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja untuk diluluskan.

Cara Memohon Pengeluaran Khas Akaun 3

  1. KWSP i-akaun; atau
  2. Kaunter KWSP

Kaedah Bayaran Pengeluaran Khas Akaun 3

Untuk melakukan pembayaran Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP, ahli harus memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Memiliki akaun bank yang masih aktif, sama ada simpanan atau semasa;
  2. Akaun bank tersebut mesti didaftarkan atas nama ahli itu sendiri, bukan sebagai akaun bersama atau atas nama syarikat.

Bayaran akan diproses melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli

Peringatan:
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Tarikh Kelulusan / Bayaran Pengeluaran Khas Akaun 3 KWSP

Bayaran dari Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP akan diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan telah diluluskan oleh pihak KWSP.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :