SARA 2024 : Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah

SARA 2024 : Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah

Keluarga yang mempunyai tiga atau lima anak yang berstatus miskin tegar layak untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1,200.

Perkara ini telah diumumkan dalam Belanjawan Madani 2024 sebagai langkah kerajaan untuk membantu rakyat dan ia telah diperluaskan kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

dengan mendapat bayaran sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan.

Pembayaran bantuan ini adalah melalui Kad Pengenalan/Mykad bagi memudahkan proses pengagihan bantuan ini.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Penerima yang telah dikenal pasti yang berada dalam kategori miskin tegar layak untuk menerima bantuan STR Tambahan yang berjumlah RM1,200.

SARA 2024

SARA 2024

Baca Juga :

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

2 kategori baharu untuk bantuan Sumbangan Asas Rahmah  fasa 2 di bawah data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar adalah berhak menerima bantuan tambahan ini selama 12 bulan.

Selain itu, 2 kategori ini juga berhak menerima STR sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak dalam setiap keluarga dalam kategori tersebut.

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

  1. Portal MySTR
    • Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk >  Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  2. Portal MyKasih
    • Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
  3. Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
  4. Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
  5. Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF

SARA 2024

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Tarikh untuk bantuan Sumbangan Asas Rahmah telah disalurkan bermula 1 Februari 2024 sebanyak RM100 sebulan manakala bayaran seterusnya mulai Mac 2024 akan disalurkan melalui Kad Pengenalan/MyKad penerima pada setiap 1 hari bulan seperti di bawah :

Seterusnya, untuk penerima di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran RM600 untuk 2 kali pembayaran sahaja bermula 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin).

Proses pembayaran adalah secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh Malaysia.

SARA 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024