STR 2024 Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status
Semakan untuk bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh dibuat melalui portal MySTR.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan yang termaktub dalam Belanjawan 2024.
Ia bertujuan untuk memberikan sokongan kepada penerima yang layak dalam menghadapi cabaran ekonomi.
Baca Juga :
- BUDI Madani 2024 : Semakan Bayaran Subsidi Diesel Individu
- Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Jun 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa program bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk membantu golongan B40.
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan bahawa bantuan ini akan dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Program STR ini telah menyalurkan bantuan sehingga RM3,100 kepada penerima, dan dengan pelancaran STR Fasa 2, hampir RM8 bilion telah disediakan untuk meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima.
Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 3
Bayaran untuk STR Fasa Tiga akan bermula pada bulan Ogos 2024.
Tarikh tepat pembayaran akan dikemas kini dan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia setelah pengumuman rasmi dibuat.
Untuk tahun 2024, tarikh-tarikh pembayaran STR untuk fasa 1, 2, 3, dan 4 adalah seperti berikut :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Dalam fasa seterusnya, kerajaan akan memperkenalkan pembaharuan pada Belanjawan 2024, termasuk pemberian bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar.
Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas, sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
STR 2024 Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan ;
- Isi Rumah
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Anak lebih dari 5 orang : RM2500
- Anak 3-4 orang : RM2000
- Anak 1-2 orang : RM1500
- Tiada Anak : RM1000
- Pendapatan RM2501 – RM5000
- Anak lebih dari 5 orang : RM1250
- Anak 3-4 orang : RM1000
- Anak 1-2 orang : RM750
- Tiada Anak : RM500
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
- Bujang
- Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350
Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
Cara Semakan
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Kaedah Bayaran
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/