Jadual Bayaran STR 2024 : Tarikh & Jumlah Bantuan Mengikut Bank Penerima
Semakan untuk bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, boleh di semak melalui portal MySTR.
Ini merupakan salah satu segmen dari inisiatif bantuan kewangan yang telah disediakan dalam Belanjawan 2024 untuk membantu rakyat.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Ambilan Julai 2024
- Rumah Mesra Rakyat (RMR) : Cara Mohon & Kategori Kelayakan
Jadual Bayaran STR 2024
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan penjenamaan semula skim bantuan kerajaan. Skim yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Melalui STR, kerajaan berkomitmen untuk menyalurkan sumbangan tunai sehingga RM3,100 kepada golongan B40.
Dengan peruntukan hampir RM8 bilion, STR Fasa 2 diharapkan dapat meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima.
STR 2024 : Tarikh Bayaran Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Dalam fasa seterusnya, kerajaan telah mengumumkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024, termasuk pemberian bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar.
Selain itu, sumbangan bakul makanan dan baucar barangan makanan asas juga akan diberikan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Jumlah Bayaran STR 2024
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual bayaran STR di bawah ;
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Semakan Status
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM