Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Tarikh Bayaran Bantuan MySARA Dikreditkan Mengikut Bank

Tarikh Bayaran Bantuan MySARA Dikreditkan Mengikut Bank

Tarikh Bayaran Bantuan MySARA Dikreditkan Mengikut Bank

Belanjawan 2024 telah mengambil langkah baru dengan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), inisiatif yang dirancang untuk memberi manfaat kepada 700 ribu penerima Skim Tunai Rakyat (STR).

Melalui SARA, setiap penerima akan menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan.

Tujuan utama sumbangan ini adalah untuk membantu penerima STR dalam pembelian barang keperluan harian di kedai runcit, sekaligus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan ekonomi mereka.

Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada penerima-penerima STR dengan menyokong keperluan asas mereka dan memperkasa komuniti melalui sokongan kewangan yang berterusan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600, 2024

Belanjawan Madani 2024 telah memperkenalkan langkah-langkah bantuan sosial yang signifikan.

Antara inisiatif yang diumumkan adalah pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1200 kepada keluarga yang mempunyai lima anak atau lebih, atau tiga anak dan juga mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Ini merupakan usaha untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan.

Selain itu, sebanyak 700,000 penerima Skim Tunai Rahmah (STR) akan mendapat manfaat daripada bayaran bulanan RM100 selama setahun.

Pembayaran ini akan dibuat melalui MyKad, yang bertujuan untuk menyederhanakan dan mempercepat proses pemberian bantuan kepada rakyat.

Inisiatif-inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan isi rumah yang terjejas dan menyokong kestabilan sosioekonomi negara.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Tarikh Bayaran Bantuan MySARA

Baca Juga:

 

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Program SARA di bawah Fasa 2 Sumbangan Asas Rahmah kini memperkenalkan dua kategori baru yang ditujukan untuk keluarga miskin dan miskin tegar.

Berdasarkan data dari e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kategori ini layak menerima sumbangan bulanan sebanyak RM100 selama setahun, bermula Januari.

Tambahan pula, mereka juga mendapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM2500, dengan jumlah yang ditentukan mengikut bilangan anak dalam keluarga.

 

Tarikh Bayaran Bantuan MySARA

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui SARA fasa 2, terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Bantuan MySARA 2024 : Jadual & Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

Tarikh Bayaran Bantuan MySARA

Tarikh Bayaran Bantuan MySARA 2024 : Jadual Bayaran

Fasa 2 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mula disalurkan pada 01 Februari 2024 sebagai bantuan tambahan dengan jumlah RM100 setiap bulan untuk tahun 2024.

Penerima akan menerima sumbangan ini secara langsung ke dalam akaun MyKad mereka pada hari pertama setiap bulan, bermula Mac 2024, mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bayaran berikutnya akan diteruskan mulai Mac 2024.

Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Tarikh Bayaran Bantuan MySARA

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Maklumat Lanjut Tarikh Bayaran Bantuan MySARA

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.