Bantuan STR Fasa 3 : Tarikh & Semakan Status Bayaran
Penerima bantuan tunai STR Fasa 3 kini boleh menyemak status pembayaran mereka yang dijadualkan pada bulan Ogos melalui portal MySTR.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada rangkaian bantuan kewangan yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024, yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada individu yang memerlukan.
Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyediakan bantuan yang berkesan dan tepat pada masanya kepada rakyat.
Baca Juga:
- MySalam 2024 : Semakan Status & Cara Tuntutan
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Buka Pengambilan Terkini
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, telah memperkenalkan skim bantuan seperti BSH, BKM, BPN, dan BPR untuk membantu rakyat.
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penggabungan skim-skim ini ke dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
STR bertujuan untuk menyediakan sumbangan tunai maksimum RM3,100 kepada isi rumah B40.
Dengan pelancaran STR Fasa 2, kerajaan berharap dapat mengurangkan beban kewangan 8.7 juta penerima, melalui peruntukan yang hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran Bantuan STRĀ (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Kerajaan telah mengumumkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024 untuk fasa seterusnya, termasuk pemberian bayaran tambahan kepada golongan Miskin Tegar.
Ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.
Selain itu, sumbangan bakul makanan dan baucar untuk pembelian barangan makanan asas juga akan disediakan oleh kerajaan.
Tarikh Bayaran & Semakan Status
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Bantuan STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Maklumat Lanjut Bantuan STR Fasa 3 : Tarikh & Semakan Status Bayaran
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM