Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Penerima bantuan tunai STR Fasa 3 kini telah dimaklumkan bahawa mereka boleh menyemak status pembayaran yang dijadualkan untuk bulan Ogos melalui portal MySTR.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Belanjawan 2024 dan bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

Ini adalah langkah penting dalam usaha kerajaan untuk membantu rakyatnya melalui bantuan langsung kewangan.

Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Perdana Menteri telah mengumumkan pada 16 Januari 2023, bahawa skim bantuan BSH, BKM, BPN, dan BPR akan digabungkan menjadi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Inisiatif ini dirancang untuk membantu keluarga B40 dengan menyediakan bantuan tunai maksimum RM3,100, sebagai usaha untuk meringankan beban kewangan mereka.

Seterusnya, pelancaran Fasa 2 STR yang mempunyai peruntukan sebanyak RM8 bilion, diharapkan akan membantu mengurangkan beban kewangan 8.7 juta penerima.

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Kerajaan telah mengumumkan Belanjawan 2024 yang memperkenalkan pembaharuan untuk fasa seterusnya.

Ini termasuk pemberian bayaran tambahan bagi golongan Miskin Tegar.

Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas sebagai usaha untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Tarikh & Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Maklumat Lanjut Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :