Bayaran STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat
Para penerima bantuan tunai STR Fasa 3 kini dapat menyemak status pembayaran yang dijadualkan untuk bulan Ogos melalui portal MySTR, sebagaimana yang diketahui umum.
Inisiatif ini adalah sebahagian dari bantuan kewangan yang termaktub dalam Belanjawan 2024,
yang bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.
Baca Juga:
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Buka Pengambilan Terkini
- Bayaran STR Diawalkan : Tarikh Bayaran & Semakan Status
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Perdana Menteri telah mengumumkan pada 16 Januari 2023, penggabungan skim bantuan BSH, BKM, BPN, dan BPR ke dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan bantuan tunai sehingga RM3,100 kepada keluarga B40.
Dengan pelancaran STR Fasa 2 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM8 bilion,
diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan 8.7 juta penerima.
Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi.
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Kerajaan telah mengumumkan Belanjawan 2024 dengan pembaharuan untuk fasa seterusnya,
termasuk pemberian bayaran tambahan kepada golongan Miskin Tegar.
Selain itu, akan disediakan sumbangan bakul makanan dan baucar untuk pembelian barangan makanan asas,
dalam usaha meringankan beban rakyat yang memerlukan.
Semakan Status & Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Diawalkan
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Semakan Status
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Maklumat Lanjut Bayaran STR
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM