Semakan Status Penerima STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Kategori
Kerajaan telah mengumumkan bahawa penerima bantuan tunai STR Fasa 3 boleh menyemak status pembayaran mereka untuk bulan Ogos melalui portal MySTR.
Inisiatif ini, yang merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2024, bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada individu yang memerlukan.
Langkah ini menandakan usaha berterusan kerajaan dalam memberikan bantuan langsung kewangan kepada rakyatnya.
Baca Juga:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Buka Pengambilan Terkini
- Bayaran STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan penggabungan skim bantuan BSH, BKM, BPN, dan BPR ke dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan bantuan tunai sehingga RM3,100 kepada keluarga B40,
dalam usaha meringankan beban kewangan mereka.
Dengan pelancaran Fasa 2 STR yang mempunyai peruntukan RM8 bilion,
diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan bagi 8.7 juta penerima.
Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Belanjawan 2024 yang baru diumumkan oleh kerajaan membawa pembaharuan penting untuk fasa seterusnya.
Sebagai sebahagian daripada pembaharuan ini, golongan Miskin Tegar akan menerima bayaran tambahan.
Kerajaan juga berinisiatif untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan dengan menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas.
Tarikh Bayaran & Semakan Status Penerima STR Diawalkan
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Tarikh, Jadual & Semakan Status Penerima STR Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Maklumat Lanjut Semakan Status Penerima STR
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM