MyLesen B2 JPJ : Permohonan Lesen Percuma 2024
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan penerusan Program MyLesen B2 untuk tahun 2024,
dengan tujuan memperkasa golongan B40. Program ini menawarkan 35,000 tempat bagi penerima bantuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini, yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Bagi yang berminat, sila ambil perhatian bahawa penyertaan adalah terhad dan tarikh tutup akan ditentukan berdasarkan pemenuhan kuota.
Untuk maklumat lanjut, sila baca perkongsian ini.
Apa Itu MyLesen B2?
MyLesen B2 adalah program yang di lancarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk memberdayakan golongan B40 untuk memiliki lesen.
Penyediaan kuota untuk program ini adalah seramai 35,000 orang sahaja.
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup B40 agar dapat membuka peluang baru untuk peningkatan pendapatan.
Syarat-syarat Kelayakan Program MyLesen B2 Tahun 2024
- Peserta mestilah seorang Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Program ini terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
- Pastikan peserta tidak memiliki sebarang lesen memandu semasa mengemukakan permohonan
- Peserta mestilah sihat fizikal dan mental
- Tiada senarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau institusi kewangan semasa mengemukakan permohonan
- Penerima bantuan/bawah tanggungan:
- Kumpulan B40; atau
- e-Kasih; atau
- JKM; atau
- Zakat; atau
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Baca Juga:
- Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank
- Jabatan Perikanan Malaysia Buka Pengambilan Terkini
Tarikh Permohonan Mylesen B2 2024
Program ini akan berlangsung bermula Februari 2024 sehingga Oktober 2024. Sekiranya kuota peserta telah penuh maka permohonan akan di tutup.
Tempoh Latihan
Untuk program ini, peserta perlu melalui latihan yang berikut, mengikut tempoh yang ditetapkan:
- Kursus Teori (KPP01)- 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01)- 1 Jam
- Latihan Praktikal di Litar (KPP02)- 9.5 Jam
- Latihan Praktikal di Jalan Raya (KPP03)- 6 Jam
- Pra Ujian (QTI)- 30 minit
- Ujian JPJ
Cara Memohon MyLesen B2 2024
Untuk memohon MyLesen B2 JPJ 2024, langkah pertama adalah mengunjungi laman web rasmi JPJ dan mengisi borang permohonan secara dalam talian.
Peserta perlu membuat imbasan ke QR code yang telah disediakan atau boleh melalui pautan ini – https://docs.google.com/forms
Seterusnya, sediakan dokumen penting seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
Kemudian, pilih pusat latihan memandu yang berdekatan dan ikuti latihan praktikal yang dijadualkan.
Akhir sekali, JPJ akan menetapkan tarikh ujian praktikal dan pastikan kehadiran anda untuk mengelakkan pembatalan permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai MyLesen B2, sila layari ;-
- Facebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Instagram : JPJ_Malaysia
- Youtube : JPJMalaysia
- Telegram : JPJ_Malaysia