Jadual Bayaran STR Dikreditkan Mengikut Bank
Kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan STR Fasa 3 akan diagihkan pada bulan Ogos ini.
Proses pembayaran dijangka akan bermula pada 29 Ogos 2024, yang bertepatan dengan minggu terakhir hari bekerja bulan tersebut.
Penerima bantuan boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal MySTR yang disediakan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
STR merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat yang berpendapatan rendah hingga sederhana.
Inisiatif ini dirancang sebagai langkah proaktif untuk membantu meringankan beban ekonomi yang dihadapi oleh golongan ini,
terutama dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu.
Melalui STR, kerajaan berharap dapat memberikan sokongan yang diperlukan agar rakyat dapat meningkatkan kualiti hidup mereka dan pada masa yang sama,
menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif.
Jadual Bayaran STR 2024 Dikreditkan Mengikut Bank
Kaedah Bayaran STR Fasa 3
Berikut adalah kaedah pembayaran STR Fasa 3
- Pengkreditan terus ke dalam Akaun Bank penerima/pasangan STR seperti yang telah di daftarkan dalam portal MySTR atau cawangan LHDN yang berhampiran.
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan di kawasan penerima STR sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal dikreditkan.
Jadual Bayaran STR 2024 Dikreditkan
Baca Juga:
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Buka Pengambilan Terkini Ogos 2024
- Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
Kategori Yang Layak Memohon STR Fasa 3
Isi Rumah
- Pendapatan di bawah Rm2,500 (tiada had umur)
- 5 anak atau lebih – RM500
- 3 – 4 anak – RM500
- 1 – 2 anak – RM500
- Tiada anak – RM500
- Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- 5 anak atau lebih – RM300
- 3 – 4 anak – RM250
- 1 – 2 anak – RM150
- Tiada anak – RM100
Bujang / Warga Emas yang tiada pasangan
- Pendapatan bujang RM2,500 ke bawah (berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
- Pendapatan Warga Emas yang tiada pasangan RM5000 ke bawah (60 tahun ke atas) – RM150
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Cara Semakan
Ini adalah cara semakan melalui pautan atau protal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Berikut dikongsikan panduan semakan :
Berikut adalah contoh paparan yang akan terlihat ;
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan kenyataan media yang menekankan pentingnya kesedaran masyarakat terhadap taktik penipuan.
Ini adalah respons terhadap peningkatan kes penipuan yang menargetkan penerima Skim Tunai Rakyat (STR).
MOF menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah tertipu dengan helah penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, MOF menggesa setiap individu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kesahihan dan kepercayaan semua maklumat yang diterima.
Langkah ini penting untuk menghindari menjadi mangsa penipuan yang semakin canggih.
MOF berkomitmen untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang cara-cara mengenal pasti dan mengelakkan penipuan.
Maklumat Lanjut Bayaran STR 2024 Dikreditkan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM