Bayaran Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bermula Esok
Kementerian Kewangan mengumumkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 pada 29 Ogos 2024 sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan.
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang menghadapi kesukaran ekonomi.
Dengan sumbangan ini, diharapkan dapat memberikan kelegaan dan membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif STR sebagai langkah proaktif untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat yang berpendapatan rendah hingga sederhana.
Program ini, yang dirancang untuk meringankan beban ekonomi, khususnya dalam menghadapi bebanan ekonomi dan ini merupakan usaha kerajaan untuk memastikan bahawa setiap warganegara yang layak dapat menerima manfaat yang sewajarnya.
Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menangani isu-isu kesejahteraan rakyat dan membantu memenuhi keinginan mereka.
Baca Juga:
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Buka Pengambilan Terkini Ogos 2024
- Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan kenyataan media yang menerangkan tentang kesedaran masyarakat terhadap taktik penipuan, khususnya kepada penerima STR yang berisiko menjadi sasaran scammer.
MOF menyeru masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah tertipu oleh helah mereka.
MOF juga menggesa individu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kesahihan maklumat yang diterima untuk menghindari penipuan.
Langkah ini penting untuk melindungi diri dan orang lain dari kerugian akibat penipuan.
Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 3
Ini adalah cara semakan melalui pautan atau protal rasmi MySTR
Berikut dikongsikan panduan semakan :
- Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan pemohon kemudian klik butang “Log Masuk”
- Setelah log masuk tekan butang “Semak” dan sahkan kod keselamatn yang dipaparkan.
- Seterusnya, masukkan kata laluan yang tepat dan tekan butang “Log Masuk”
- Tekan pada ruangan “Semakan Permohonan” yang dipaparkan pada menu utama
- Status permohonan akan dipaparkan.
Berikut adalah contoh paparan yang akan terlihat ;
Kaedah Bayaran STR Fasa 3
Berikut adalah kaedah pembayaran STR Fasa 3
- Pengkreditan terus ke dalam Akaun Bank penerima/pasangan STR seperti yang telah di daftarkan dalam portal MySTR atau cawangan LHDN yang berhampiran.
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan di kawasan penerima STR sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal dikreditkan.
Jadual Bayaran Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Jadual Bayaran Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mengikut Bank
Kategori Yang Layak Memohon STR Fasa 3
Isi Rumah
- Pendapatan di bawah Rm2,500 (tiada had umur)
- 5 anak atau lebih – RM500
- 3 – 4 anak – RM500
- 1 – 2 anak – RM500
- Tiada anak – RM500
- Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- 5 anak atau lebih – RM300
- 3 – 4 anak – RM250
- 1 – 2 anak – RM150
- Tiada anak – RM100
Bujang / Warga Emas yang tiada pasangan
- Pendapatan bujang RM2,500 ke bawah (berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
- Pendapatan Warga Emas yang tiada pasangan RM5000 ke bawah (60 tahun ke atas) – RM150
Maklumat Lanjut Bayaran Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM