Bantuan Perumahan PPR 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan tempat kediaman yang berpatutan bagi golongan berpendapatan rendah.
Dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, program ini menawarkan dua jenis penempatan: PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Projek-projek PPR yang dilaksanakan di seluruh negara ini mengikuti Standard Perumahan Kebangsaan untuk Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2),
yang menetapkan spesifikasi perancangan dan rekabentuk yang perlu dipatuhi dalam pembinaan rumah-rumah tersebut.
Bantuan Perumahan PPR 2024 (Dimiliki)
Kerajaan telah memperkenalkan program PPR Dimiliki dengan tujuan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.
Di Semenanjung Malaysia, rumah-rumah dalam program ini ditawarkan pada harga RM35,000 seunit, manakala di Sabah dan Sarawak, harganya adalah RM42,000 seunit.
Inisiatif ini merupakan langkah positif kerajaan dalam memastikan setiap lapisan masyarakat mampu memiliki tempat tinggal yang selesa dan mampu milik.
Bantuan Perumahan PPR 2024 (Disewa)
Program ini menawarkan kediaman dengan sewa bulanan yang berpatutan, serendah RM124, tidak termasuk kos penyelenggaraan.
Inisiatif ini membantu memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat dapat memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat, selaras dengan kemampuan kewangan mereka.
PPR 2024 adalah langkah progresif kerajaan dalam memperkukuhkan aspek kebajikan sosial dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Ciri-ciri Program Rumah PPR 2024
- Bagi kawasan bandar-bandar besar, jenis rumah bertingkat adalah antara 5 hingga 18 tingkat.
- Bagi kawasan pinggi pandar, jenis rumah adalah rumah teres.
- Untuk keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
- Contoh binaan rumah adalah 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.
Kemudahan Asas Program Rumah PPR 2024
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Surat atau Ruang Solat
- Dewan Komuniti
- Taman Permainan
- Rumah Sampah
- Gerai makan atau Ruang niaga
Kumpulan Sasar Bantuan Perumahan PPR 2024
Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa berkuat kuasa
Berikut merupakan kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak :
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- Diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- Diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Syarat Permohonan
- Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas adalah layak memohon
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon adalah RM3000 sebulan
- Pemohon dan pasangan (keluarga) yang belum memiliki rumah
Baca Juga :
- Jabatan Pendaftaran Negara Buka Pengambilan Terkini Ogos
- Jadual Bayaran STR Mengikut Bank 29 Ogos 2024
Cara Memohon
- Permohonan Secara Manual
- Hubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri.
- Permohonan Secara Atas Talian / Online
- Layari laman web rasmi TEDUHÂ https://teduh.kpkt.gov.my/
- Sila daftar akaun SPRN (sekiranya belum mempunyai akaun SPRN)
- Klik Log Masuk untuk meneruskan permohonan
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Program Rumah PPR 2024, sila hubungi pihak berkaitan.
Bahagian Perancangan Perumahan
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)