SejaTi MADANI 2024 : Permohonan Bantuan Dana Kepada Komuniti

SejaTi MADANI 2024 : Permohonan Bantuan Dana Kepada Komuniti

Kerajaan MADANI telah memperkenalkan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI), sebuah inisiatif terkini yang direka untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi komuniti.

Program ini menawarkan pemberian dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti-komuniti yang memenuhi syarat, dengan tujuan utama untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Inisiatif ini diharapkan dapat membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada komuniti-komuniti di Malaysia.

Golongan Sasaran SejaTi MADANI 2024

Program bantuan kerajaan ini dirancang untuk memperkasa komuniti dengan aktiviti yang meningkatkan sosioekonomi.

Istilah “komuniti” merujuk kepada sekumpulan orang atau masyarakat yang mendiami daerah, negeri, atau negara tertentu,

dan tidak merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk ;

  • Jawatankuasa pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  • Komuniti Rumah Panjang
  • Komuniti Kampung Orang Asli
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
  • Persatuan penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif
  • Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kemeterian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri atau Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN)

Tempoh Permohonan SejaTi MADANI 2024

Permohonan untuk SejaTi MADANI kini dibuka dan akan berlangsung dari 25 Mac 2024 hingga 30 September 2024.

Ini adalah peluang bagi individu yang layak untuk mengambil bahagian dalam program ini.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini dan buat permohonan anda sekarang!

SejaTi MADANI

Baca Juga:

Cara Permohonan SejaTi MADANI 2024

Permohonan melalui atas talian

Permohonan secara manual

  • Pemohon yang tidak mempunyai akses internet boleh membuat permohonan secara manual di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, Pejabat Residen, atau di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Setelah Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) membuat keputusan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan, berserta dengan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).
  • Pengerusi yang telah mendapat kelulusan perlu menghantar SST dan SAJ secara fizikal ke PPN dalam masa tujuh hari.

Syarat Permohonan

Program atau aktiviti yang dipohon haruslah bertujuan untuk memajukan sosioekonomi komuniti setempat, dengan memberi tumpuan kepada lima sektor utama.

Antaranya adalah pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktivi hijau dan kitar semua.

Ia juga perlu mempunyai ciri-ciri ‘quick win’, yang bermaksud aktiviti tersebut mesti dapat menghasilkan keputusan yang positif dalam jangka masa pendek, iaitu antara tiga hingga enam bulan.

Ini akan memastikan bahawa program tersebut bukan sahaja relevan dan bermanfaat bagi komuniti, tetapi juga mampu memberikan impak yang cepat dan ketara.

Contoh Aktiviti/Program Sektor Pertanian dan Makanan

  • Sistem Kepadatan Padi (SRI)
  • PEmbuatan Baja Organik
  • Penanaman cili fertigasi/cendawan hidroponik
  • Perniagaan berkonsepkan karan atau trak makanan
  • pembuatan kerepek dan kudapan tradisional
  • Produk sejuk beku
  • Penjualan makanan berkonsepkan carboot sales 
  • Perikanan dan perternakan
    • Penternakan ayam pedaging
    • Penjualan hasil hidupan laut segar dan sejuk beku

Aktiviti/Program Sektor Jahitan Dan Kraf Tangan

  • Kraf Jahitan beg anyaman  buluh/rotan dan batik
  • Pembuatan Tembikar Tradisional
  • Penghasilan Kraf Batik lukis/digital/ikat celup
  • Menjahit pakaian/barangan sulaman
  • Pengahasilan produk daripada tekatan benang emas / tembaga
  • Produk ukiran kayu seperti pembuatan permainan berasakan kayu seperti set catur kayu dan congkak
  • penghasilan senjata berasaskan logam
  • Jahitan yang menghasilkan

Contoh Aktiviti Sektor Herba Dan Kesihatan

  • Penanaman tanaman herba
  • Pengkomersialan produk bunga herba
  • Perkhidmatan urutan tradisional/spa
  • Program sistem pengairan automatik taman herba
  • Pembuatan sabun daripada herba-herba sunnah

Contoh Aktiviti/Program Sektor Pelancongan dan Hospitaliti

  • Inap Desa
  • Pembangunan perisian/aplikasi
  • Program Homestay Kampung (yang dikendalikan oleh komuniti)
  • Program Arca Dasar Laut
  • Penghasilan produk jualan pelancongan dan hospitaliti mesra muslim
  • Inovasi penginapan menggunakan kenderaan terpakai (van/bas)

Aktiviti/Program Sektor Aktiviti Hijau Dan Kitar Semua

  • Pengurusan Sisa Mempan
    • Projek Upcycling : Proses yang melibatkan penggunaan bahan-bahan yang tidak lagi digunakan atau akan di buang dan mengubanya menjadi sesuatu yang baharu dan berguna seperti botol plastik, plastik, lebihan kain, kertas dan wayar elektrik diubah menjadi barang perhiasan.
    • Projek kitar semula minyak masak terpakai menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin
  • Penghasilanbuku kitar semula
  • Membuat beg menggunakan baju terpakai
  • Penjualan perabot rumah berunsurkan bahan kitar semula
  • Penghasilan produk berunsurkan tempurung kelapa (barangan dapur)

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kategori Permohonan

  1. Rintis : Program yang diwujudkan dalam tempoh kurang dari setahun
  2. Pengingkatan : Program yang sedia ada dan telah wujud antara 1 hingga 3 tahun
  3. Pengembangan : Program sedia ada dan telah wujud melebihi 3 tahun.

Maklumat Lanjut SejaTi MADANI 2024

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Sekretariat SejaTi MADANI,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 2, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

Tel: 03-8872 3888/ 6430 / 6406 / 6401
E-mel: sekretariatMADANI@icu.gov.my