Kalkulator Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dan Pekerja Swasta 2024

Kalkulator Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dan Pekerja Swasta 2024

Kenaikan gaji adalah peningkatan jumlah gaji yang diterima pekerja, yang boleh berlaku kerana sebab-sebab seperti prestasi kerja yang cemerlang, peningkatan kos sara hidup, atau perubahan struktur gaji dalam sebuah organisasi.

Untuk mengira jumlah kenaikan gaji boleh menggunaka kalkulator kenaikan gaji.

Sebagai contoh, penjawat awam menggunakan Kalkulator Gaji SSPA, yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),

untuk menghitung pelarasan gaji berdasarkan faktor-faktor seperti gaji hakiki, kumpulan perkhidmatan, dan gred jawatan.

Kalkulator Kenaikan Gaji

Kalkulator Gaji Penjawat Awam Sistem Saraan Perkhidmatan (SSPA) iaitu kalkulator rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Hal ini adalah khusus untuk membantu penjawat awam dalam mengira anggaran gaji baharu mereka.

Alat ini memudahkan penggunaan dan pemahaman tentang struktur gaji yang diperbaharui, serta memberikan panduan yang berguna dalam perancangan kewangan.

Kalkulator Kenaikan Gaji

Pengiraan Kenaikan Gaji Penjawat Awam Untuk Kira Gaji Baharu (Tidak Rasmi)

Alat digital ini, yang merupakan alat pengiraan kenaikan gaji untuk penjawat awam yang tidak rasmi,

telah direka khas untuk membantu kakitangan sektor awam di Malaysia dalam membuat pengiraan dan anggaran terhadap kenaikan gaji baru mereka,

sebelum adanya pengumuman rasmi dari kerajaan.

Kalkulator Kenaikan Gaji

Baca Juga:

Cara Penggunaan

  1. Masukkan gaji pokok dalam bentuk angka tanpa RM ke dalam ruangan “gaji Semasa (RM)”
  2. Klik “Gred Jawatan” dan pilih gred yang sesuai dengan jawatan anda (sekiranya gred anda tiada dalam pilihan maka pilih gred yang paling hampir)
  3. Klik “Peratusan Kenaikan (%)” kemudian masukkan peratusan kenaikan gaji yang telah diumumkan.
  4. Klik “Kira Kenakan Gaji”
  5. Hasil kiraan kenaikan gaji akan dipaparkan beserta jumlah kenaikan dan gaji baru.

Kelebihan

  • Dapat membuat anggaran dengan lebih baik.
  • Dapat menjimatkan masa.
  • Semua penjawat awam dinilai berdasarkan kriteria yang sama daalm erti kata lain mendapat keseragaman.
  • Dapat membuat perancangan kewangan untuk jangka pendek atau panjang.
  • Pengiraan dibuat mengikut formula yang telah ditetapkan dapat mengingkatkan ketelusan dalam kalangan penjawat awam.

Kalkulator Kenaikan Gaji Pekerja Swasta

Berikut dikongsikan menggunakan kalkulator kenaikan gaji pekerja swasta :

  1. Klik bahagian “Gaji Semasa (RM)” kemudian masukan gaji semasa anda.
  2. Pilih “Tahap Pekerjaan” mengikut status pekerjaan anda
  3. Klik “Jenis Kenaikan” dan masukkan nilai kenaikan peratusan/jumlah kenaikan anda
  4. Klik “Kira Kenaikan Gaji” untuk melihat gaji baru anda.

Kalkulator Kenaikan Gaji

Maklumat Lanjut :

Untuk mendapatkan pautan pengiraan adalah seperti berikut :

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024