Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Bantuan MyKasih RM450 September 2024 : Semak Sekarang

Bantuan MyKasih RM450 September 2024 : Semak Sekarang

Bantuan MyKasih RM450 September 2024 : Semak Sekarang

Program MyKasih adalah inisiatif yang signifikan yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia dengan menyediakan bantuan kewangan.

Bantuan ini berjumlah RM450 dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan penerima.

Artikel ini bertujuan untuk memberikan panduan yang terperinci dan mudah difahami tentang proses permohonan dan penggunaan bantuan MyKasih.

Bantuan MyKasih RM450

Baca Juga:

Kelayakan Permohonan Bantuan MyKasih RM450

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berdaftar/berada dalam kategori B40/penerima bantuan yang telah ditetapkan
  • Berpendapatn rendah atau sedang menghadapi sitausi kewangan yang sangat memerlukan bantuan
  • Mempunyai dokumen yang lengkap dan sah (Mykad & bukti pendapatan) sebagai dokumen sokongan untuk permohonan bantuan

Cara Permohonan Bantuan MyKasih RM450

  1. Pemohon perlu membuat semakan kelayakan untuk memastikan samada memenuhi syarat kelayakan untuk program ini di www.mykasih.com ;
  2. Sekiranya melepasi syarat kelayakan, pemohon boleh mengunjungi pusat/pejabat pendaftaran MyKasih yang berhampiran di kawasan pemohon atau membuat permohonan secara dalam talian ;
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan pemohon, bukti pendapatan serta beberapa dokumen sokongan lain yang sudah mendapat cop pengesahan dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan majikan / penghulu atau ketua kampung ;
  4. Sekiranya sudah dokumen sokongan sudah lengkap, pemohon boleh menghantar permohonan ke pusat/pejabat pendaftaran MyKasih atau portal rasmi MyKasih.

Penggunaan Bantuan RM450

Selepas permohonan lulus, penerima akan mendapat kad MyKasih dengan jumlah yang telah dimuatkan sebanyak RM450 sahaja.

Oleh itu, pemohon yang mendapat bantuan ini perlu ;

  1. Mengaktifkan kad MyKasih tersebut mengikut arahan/panduan yang telah disediakan.
  2. Setelah kad MyKasih diaktifkan, penerima boleh menggunakan kad tersebut untuk berbelanja barangan keperluan di kedai yang telah berdaftar/terlibat.
  3. Untuk mengetahui baki dan transaksi yang telah dibelanjakan, penerima boleh membuat semakan baki melalui aplikasi MyKasih atau pejabat yang berdaftar.

Kemaskini Maklumat

Adalah sangat penting untuk memaklumkan kepada MyKasih dengan segera sekiranya berlaku sebarang perubahan pada maklumat peribadi atau situasi kewangan anda.

Hal ini untuk memastikan bahawa bantuan yang disalurkan oleh MyKasih kekal tepat dan sesuai dengan keperluan semasa penerima.

Keprihatinan dan kerjasama anda dalam perkara ini amat dihargai dan membantu pihak MyKasih dalam menyediakan bantuan kewangan yang lebih efektif dan efisien.

Maklumat Lanjut

JOIN CHANNEL ISU SEMASA & BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024