Naik Taraf Lesen Memandu Ke Kelas B Penuh
Bermula pada 1 Oktober 2024, pemegang lesen memandu Malaysia (LLM) kelas B2 dan B1 akan berpeluang untuk menaik taraf lesen mereka kepada kelas B Penuh. Ini merupakan perkembangan penting kerana ia membolehkan pemegang lesen menunggang motosikal yang lebih besar dan berkuasa tinggi secara sah dan selamat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah menjelaskan bahawa pemegang lesen yang ingin beralih kepada lesen B Penuh perlu mengikuti program khas yang ditetapkan oleh kementerian. Program ini dirancang untuk memastikan setiap penunggang motosikal mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Pos Aviation Ambilan September 2024
- Bantuan Khas RM650 Telah Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima
Syarat-Syarat Kelayakan Naik Taraf Lesen B2 dan B1 ke B Penuh
Berikut adalah merupakan beberapa syarat penting yang perlu anda penuhi sebelum menaik taraf lesen anda:
1. Tempoh Lesen:
- Pemohon mesti telah memiliki lesen B2 atau B1 selama sekurang-kurangnya 10 tahun untuk memastikan pengalaman yang mencukupi dalam menunggang motosikal.
2. Rekod Bersih:
- Para pemohon mestilah bebas daripada sebarang senarai hitam, saman yang belum dibayar, atau rekod jenayah berat.
3. Kesihatan:
Pemohon perlu mengesahkan bahawa mereka sihat dari segi fizikal dan mental dengan mengisi borang yang mengesahkan keadaan kesihatan.
4. Hadiri Program:
Pemohon wajib hadir dan lulus program peralihan yang mengajar penunggang tentang cara mengendalikan motosikal berkuasa tinggi (500cc ke atas) di institut memandu.
5. Latihan Amali:
Program ini akan melibatkan latihan amali selama 2 jam untuk mempelajari aspek keselamatan dan cara mengendalikan motosikal besar.
6. Membuat Penilaian:
Selepas menyelesaikan semua proses, kelayakan pemohon untuk menukar lesen akan dinilai oleh Pegawai Terlatih Bertauliah dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bayaran untuk Program Khas Naik Taraf Lesen Memandu
Untuk menyertai program khas ini, pemohon perlu membuat pembayaran sebanyak RM160, termasuk RM10 kepada JPJ. Jika para pemohon gagal dalam latihan amali, pemohon perlu mengulang latihan tersebut dan membayar RM160 sekali lagi. Oleh itu, pastikan anda fokus semasa latihan!
Pemohon hanya boleh mengambil ujian amali sekali dalam sehari. Jika gagal, anda perlu menunggu hari lain untuk mengulang ujian tersebut, dengan bayaran tetap RM160 setiap kali.
Cara Memohon
CARA PERTAMA: SEMAKAN MELALUI LAMAN WEB RASMI JPJ
Anda boleh menyemak kelayakan bagi Program Khas Peralihan CDL Kelas B Penuh dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Laman Web JPJ: klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Klik di sini untuk pergi ke laman web rasmi JPJ.
- Log Masuk:
- Pilih kategori “Individu”.
- Gunakan nombor kad pengenalan anda sebagai ID pengguna.
- Masukkan kata laluan MyJPJ anda.
- Semak Kelayakan:
- Selepas pengguna log masuk, klik pada menu “Lesen Memandu”.
- Tatal ke bawah dan pilih “Semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL Kelas B Penuh”.
- Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda akan dapat menyemak kelayakan anda untuk menyertai program khas tersebut.
Langkah Keselamatan Ketika Menunggang Motosikal
Untuk makluman, penunggang motosikal sangat memerlukan fokus dan keselamatan yang sangat tinggi. Ini adalah beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil:
- Pakai Helmet: Sentiasa pakai helmet yang memenuhi piawaian keselamatan untuk melindungi kepala anda.
- Pakaian Perlindungan: Gunakan jaket, sarung tangan, dan kasut yang sesuai untuk melindungi tubuh anda dari kecederaan.
- Periksa Motosikal: Sebelum perjalanan, pastikan motosikal dalam keadaan baik. Periksa brek, tayar, dan lampu.
- Fokus dan Berhati-hati: Pengguna perlu sentiasa fokus pada jalan dan persekitaran. Pengguna dinasihatkan untuk mengelakkan gangguan seperti penggunaan telefon bimbit semasa menunggang motosikal.
- Jaga Jarak Selamat: Pastikan anda mengekalkan jarak yang cukup dengan kenderaan lain.
- Ikut Peraturan Jalan Raya: Patuhi lampu isyarat dan tanda jalan. Mematuhi peraturan adalah penting untuk keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.
Melalui pelaksanaan program ini, pihak kerajaan berharap lebih ramai pengguna motosikal dapat mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.