Wang Tak Dituntut (WTD) : Ramai Tak Tahu, Rupanya Dalam IC Kita Ada Duit – Ini Cara Tebus!

CARA MEMBUAT SEMAKAN & TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT SECARA ONLINE TAHUN 2023

Wang Tak Dituntut (WTD) – Anda mungkin tidak sedar bahawa anda mempunyai wang tak dituntut (WTD) yang menunggu untuk diambil. Setakat Mac 2023, jumlah WTD di Malaysia adalah RM11 bilion dan ia terus bertambah setiap tahun. Untuk mengetahui sama ada anda layak untuk mendapatkan WTD, anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter. Anda hanya perlu menyemak secara online dengan mudah dan cepat.

Untuk mengetahui status permohonan dan tuntuan anda bagi Wang Tak Dituntut (WTD), anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut secara online:

Wang Tak Dituntut (WTD)

Baca Juga:

Cara Membuat Tuntutan WTD

Untuk mendapatkan WTD, terdapat tiga (3) kaedah yang boleh digunakan, iaitu:

Online

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Untuk membuat semakan WTD, anda perlu masukkan nombor pengenalan diri anda di ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT”. Anda boleh mencetak maklumat WTD yang diperolehi dengan menekan butang Cetak (jika perlu).
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4 : Untuk memasukkan maklumat penerima WTD, anda perlu klik pada butang “Tambah Penerima”. Jika Maklumat Diri anda sama dengan Maklumat Pemohon, anda boleh tanda pada kotak yang disediakan. Selepas itu, anda perlu masukkan maklumat perbankan penerima dan klik pada “Simpan”.
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6 : Untuk menghantar permohonan tuntutan anda, anda perlu bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS. Sila tandakan dua kotak yang disediakan dan klik butang Hantar. Sekiranya anda pasti dengan pilihan anda, sila pilih Ya.
  • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Wang Tak Dituntut (WTD)

Kaunter

Untuk memohon wang tak dituntut, sila lengkapkan borang permohonan yang boleh dicetak secara dalam talian dan bawa ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau cawangan JANM yang berdekatan.

POS

Untuk memohon, sila cetak maklumat WTD anda dan poskan ke alamat berikut bersama dengan dokumen permohonan yang lengkap:

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Online

Untuk mengetahui status wtd anda secara online, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Langkah 3 : Untuk mengakses portal, anda perlu memasukkan kata laluan yang anda daftarkan sebelum ini.
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
  • Langkah 5 : Untuk menyemak sama ada anda mempunyai Wang Tak Dituntut (WTD), anda boleh menggunakan pautan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” di laman web ini. Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat anda dan tekan butang carian. Sekiranya anda mempunyai WTD, anda boleh mencetak maklumatnya untuk rujukan anda.
  • Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:

  • Untuk mendapatkan bantuan atau maklum balas mengenai eGUMIS, sila hubungi Pentadbir Sistem eGUMIS melalui emel berikut: maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my.
  • Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55
  • Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000

Keratan Akhbar 13 April 2023

Wang Tak Dituntut (WTD)