Semakan Status SARA 2025 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan
Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuklah semakan status SARA 2025 untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan, termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu bantuan tambahan yang disediakan untuk meringankan kos sara hidup dan memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.
Bilakah tarikh masuk sara 2025? Ikuti Info berikut disini.
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif di bawah Program MyKasih hasil kerjasama dengan kerajaan, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.
Bantuan ini berfungsi sebagai tambahan dan lanjutan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR 2025 berdasarkan data kelulusan STR 2025, serta kepada kumpulan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih, tanpa memerlukan sebarang permohonan.
Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong 2025 PLUS Berhad Malaysia
- STR Bujang 2025 : Tarikh & Jadual Bayaran Dikreditkan
- Jawatan Kosong 2025 Tabung Haji Malaysia
- SARA 2025 : Tarikh Bayaran & Semakan Status
TARIKH MASUK BAYARAN SARA 2025
Pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
- Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih – Bermula Januari 2025
- Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (Bukan eKasih) – Bermula April 2025
SARA 2025: SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN STATUS SARA 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
- Selesai.
JUMLAH MASUK DUIT BANTUAN (SEMAKAN STATUS SARA 2025)
Kadar bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih):
- Isi Rumah – RM1,200 (RM100 Sebulan)
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM1,200 (RM100 Sebulan)
- Bujang – RM600 (RM50 Sebulan)
Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
- Isi Rumah – RM900 (RM100 Sebulan)
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 Sebulan)
KAEDAH PENYALURAN MASUK DUIT BANTUAN SARA 2025
Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia – Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima,
dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. - Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Pengagihan melalui pengkreditan
ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
BANTUAN SARA 2025: CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:
- Beras / Telur / Minyak masak
- Roti / Tepung / Biskut
- Minuman
- Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : info@mykasih.com
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS SARA 2025
Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada
penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar
eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas (April – Disember 2025).
Siapa yang layak menerima SARA?
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan
Warga Emas Tiada Pasangan; dan
iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data
eKasih di bawah Unit Penyelarasan
Adakah saya perlu memohon SARA?
Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.
Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?
Program SARA 2025 akan bermula secara berperingkat bermula April 2025.
Apakah barangan keperluan asas yang boleh saya beli?
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera,
minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan
dan barangan persekolahan.