BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Inisiatif bayaran bantuan kewangan daripada kerajaan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada hampir 60% rakyat dewasa di Malaysia adalah secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa dan bayaran fasa kedua (2) akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Semasa J&T Express Ambilan Tahun 2025
- Bantuan Awal 2025 Ramadhan : Semakan Status Kelayakan Penerima Layak Atau Tidak
- Jawatan Kosong Semasa KPM Ambilan Tahun 2025
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025
Ikuti panduan semakan status sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Terdapat dua (2) cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, iaitu melalui :
Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan STR.
Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah dijangka bermula pada 3 April 2025 dan berperingkat. Namun sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Setiap kategori akan menerima jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke Bawah :
- RM150 hingga RM650/ mengikut bilangan anak.
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- RM100 hingga RM300/ mengikut bilangan anak.
Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150/ setiap individu.
Bujang :
- RM150/ setiap individu.
SOALAN LAZIM (FAQ)
SOALAN : Permohonan STR 2025 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2025. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
SOALAN : Saya telah Lulus Permohonan STR 2025 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2025. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2025 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin)
Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- FASA 1 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
- FASA 2 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Bujang
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah)
SOALAN : Saya telah Lulus Permohonan STR 2025 kategori Isi Rumah tiada maklumat anak berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dan telah mengemas kini maklumat anak pada bulan Februari 2025 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
JAWAPAN : Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori kelayakan terkini seperti jadual di bawah:
- FASA 1 : RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0)
- FASA 2 : RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
SOALAN : Permohonan STR saya Lulus STR 2025 Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dengan bilangan anak 1 – 2 orang. Anak ketiga saya telah lahir pada bulan Mei 2025, saya telah mengemas kini maklumat anak pada Julai 2025 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 4. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
JAWAPAN : Anda akan menerima amaun bayaran fasa 4 sahaja sahaja mengikut kategori kelayakan seperti jadual di bawah:
- FASA 1 : RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 2 : RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak 3-4)
SOALAN : Saya telah lulus permohonan STR 2025 pada bulan Mei 2025 dan telah menerima bayaran bagi fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2?
- JAWAPAN : Tidak. Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2025 iaitu setelah pembayaran fasa 2 berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
SOALAN : Sekiranya saya ingin mendapatkan bayaran STR 2025 bermula daripada fasa 1, bilakah saya perlu membuat permohonan?
- JAWAPAN : Anda perlu membuat Permohonan STR 2025 dalam tempoh 1 November 2024 hingga 30 November 2023 dan permohonan tersebut mestilah berstatus Lulus bagi memastikan anda menerima bayaran STR mulai fasa 1 hingga fasa 4.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566