BANTUAN MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan Madani 2025 dan Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan Bantuan Kewangan Madani sehingga RM13 billion yang merupakan peruntukan ditahap tertinggi dalam sejarah bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Madani? Ikuti maklumat dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
SENARAI BANTUAN MADANI 2025
Berikut merupakan antara senarai Bantuan Madani yang disalurkan sepanjang tahun ini :
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Merupakan pemberian bantuan tunai oleh Kerajaan Madani khas untuk 9 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Merupakan pemberian bantuan tambahan oleh Kerajaan Madani khas untuk 5.4 juta rakyat Malaysia yang juga merupakan penerima STR.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Semasa BSN Ambilan Tahun 2025
- Bantuan MyKad RM1,200 2025 : Semak Kelayakan Sekarang
- Jawatan Kosong Semasa AADK Ambilan Tahun 2025
KADAR PENYALURAN BANTUAN MADANI 2025
Setiap penerima akan menerima Bantuan Madani (STR dan SARA) mengikut kadar seperti berikut :
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500
- Tiada anak : RM1,000
- 1 – 2 anak : RM1,500
- 3 – 4 anak : RM2,000
- 5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak : RM500
- 1 – 2 anak : RM750
- 3 – 4 anak : RM1,000
- 5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600
Bujang
- RM600
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
PENERIMA SARA BERDAFTAR DENGAN E-KASIH
- Isi Rumah : RM2,100
- Warga Emas : RM1,650
- Bujang : RM600
PENERIMA SARA BUKAN BERDAFTAR E-KASIH
- Isi Rumah : RM900
- Warga Emas : RM450
- Bujang : –
JADUAL PENYALURAN BANTUAN MADANI 2025
Penyaluran Bantuan Madani (STR dan SARA) adalah dijadualkan seperti berikut :
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Disalurkan secara berfasa :
- Fasa1 : 22 – 28 Januari 2025
- Fasa 2 : Mulai 3 April 2025
- Fasa3 : Belum diketahui
- Fasa 4 : Belum diketahui
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Disalurkan setiap bulan :
- 15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025
(Penerima Berdaftar e-Kasih) - 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025
(Penerima Bukan e-Kasih)
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Panduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan Madani STR :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
Paduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan Madani SARA :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR & SARA MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel STR : str@mof.gov.my
- E-mel SARA : info@mykasih.com
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf