Bantuan E-Tunai RM100. Untuk membantu rakyat menghadapi kesan pandemik Covid-19, kerajaan telah melancarkan inisiatif e-Tunai sebanyak RM100. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi digital dan menggalakkan perbelanjaan dalam ekonomi. Inisiatif e-Tunai ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000.
Pada 27 Julai 2023, Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat telah diadakan di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara. Pengumuman ini dibuat untuk memberitahu rakyat tentang inisiatif-inisiatif ekonomi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri melibatkan peruntukan kira-kira RM1 bilion untuk memberi manfaat kepada lebih 10 juta orang dewasa berusia 21 tahun ke atas. Golongan B40 dan M40 termasuk dalam inisiatif ini.
Bantuan E-Tunai RM100
Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan inisiatif terkini iaitu Bantuan eTunai RM100 untuk membantu golongan B40 dan M40 yang mempunyai pendapatan RM100,000 atau kurang.
Bagi menggalakkan penggunaan e-wallet dalam kalangan belia, kerajaan telah mengeluarkan bantuan “e-Tunai Belia Rahmah” sebanyak RM200 kepada setiap belia dan mahasiswa yang layak. Bantuan ini bertujuan untuk membiasakan belia dengan kaedah pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah dan selamat.
Dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital dan mengurangkan kesan pandemik COVID-19, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah. Kredit e-tunai ini boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan daripada peniaga-peniaga yang menerima pembayaran digital.
Beliau berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran domestik dan membantu golongan yang terjejas oleh krisis kesihatan.
Baca Juga:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) RM1,000 Untuk Golongan B40
- Bantuan Sebulan RM700 Secara Automatik Telah Mula Dikreditkan
Selepas menyaksikan program e-tunai memberi manfaat dan kesan positif kepada masyarakat, kerajaan mengumumkan inisiatif e-tunai baru untuk golongan dewasa. Katanya, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi digital dan menggalakkan perbelanjaan dalam ekonomi.
Untuk memberi manfaat dan menggalakkan penggunaan e-tunai di kalangan rakyat, Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan insentif e-tunai sebanyak RM100 kepada setiap warganegara Malaysia dewasa yang mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 atau kurang.
“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40.
Dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.
Tarikh Penebusan Bantuan e-Tunai RM100
Kredit e-Tunai RM100 akan dilakukan pada suku keempat tahun ini – Kementerian Kewangan
Apakah maksud suku keempat?
Suku tahunan meruapakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan:
- Suku Pertama – Januari hingga Mac
- Suku Kedua – April hingga Jun
- Suku Ketiga – Julai hingga September
- Suku Keempat – Oktober hingga Disember
Berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan, program ini akan dilaksanakan pada suku keempat. Oleh itu, kita boleh menjangkakan bayaran akan dibuat dalam tempoh bulan Oktober hingga Disember.
Info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Bantuan Khas Penghargaan
Sebagai penghargaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang telah berkhidmat dengan baik, Kerajaan telah mengisytiharkan Bantuan Khas Perkembangan untuk mereka.
Bantuan ini melibatkan RM300 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk yang berkhidmat secara kontrak, dan RM200 untuk pesara kerajaan.
Lebih sejuta pesara dan 1.3 juta penjawat awam akan mendapat manfaat daripada bantuan berkenaan.
Setiap penerima akan menerima bayaran secara kredit terus ke akaun mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
Manfaat Bantuan e-Tunai RM100
Program Bantuan e-Tunai RM100 bertujuan untuk mendorong golongan B40 dan M40 agar lebih cekap dalam menggunakan e-wallet dan melibatkan diri dalam ekonomi digital.
Program ini juga bermanfaat untuk rakyat kerana ia menggalakkan pengurangan wang tunai dan pembayaran tanpa sentuhan yang lebih selamat dan mudah.
Melalui program ini, rakyat juga dapat membeli barangan atau perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. Ini dapat membantu meningkatkan daya saing belia dalam era ekonomi digital.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh rujuk melalui laman web Manfaat atau Facebook rasmi Kementerian Kewangan
- https://budget.mof.gov.my/manfaat/
- Laman Facebook : https://www.facebook.com/KemKewangan