Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
CEO KWSP Benarkan Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2

CEO KWSP Benarkan Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2

CEO KWSP Benarkan Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2. Pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk membantu rakyat dengan melaksanakan pelbagai bantuan dan inisiatif. Ini termasuklah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

Untuk mengurangkan kesan kewangan akibat pandemik, Kerajaan telah meluluskan beberapa program pengeluaran KWSP seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan lain-lain. Program-program ini membolehkan ahli KWSP mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk menampung keperluan hidup.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat sebuah lagi kemudahan di bawah KWSP iaitu e-Pengeluaran.

CEO KWSP

Baca Juga:

Para ahlinya boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan mereka secara atas talian dengan cara yang membenarkan.

Berikut adalah beberapa situasi yang membolehkan anda mengeluarkan sebahagian wang simpanan KWSP anda sebelum mencapai umur 55 tahun:

CEO KWSP Benarkan Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2 Untuk Membina Rumah

Untuk ahli yang ingin membina rumah sendiri, anda boleh mengeluarkan wang dari Akaun 2 anda. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah mempunyai baki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah masih sah dan tidak lebih daripada tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan anda belum mencapai umur 55 tahun.

Membiayai Pendidikan

Untuk membantu menanggung kos pendidikan, ahli KWSP boleh memohon pengeluaran simpanan dari Akaun 2. Pengeluaran ini boleh digunakan untuk pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi yang mendapat kelulusan di dalam atau luar negara.

Membeli Rumah

Anda boleh menggunakan Akaun 2 KWSP untuk membiayai pembelian rumah di Malaysia. Rumah yang layak untuk pengeluaran ini termasuklah banglo, teres, berkembar, apartmen, kondominium, studio, servis, townhouse, SOHO dan rumah kedai dengan unit kediaman.

Menunaikan Haji

Untuk ahli-ahli yang beragama Islam, mereka boleh mengeluarkan wang dari Akaun 2 untuk menambah simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai kos. Ini adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh Akaun 2.

Perbelanjaan Kesihatan

Ahli yang mengalami masalah kesihatan yang serius boleh menggunakan wang dalam Akaun 2 mereka untuk menampung perbelanjaan rawatan penyakit kritikal. Ini adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh KWSP untuk membantu ahli menghadapi cabaran kewangan akibat keadaan kesihatan mereka.

Atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

CEO KWSP Benarkan Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2

Untuk berurusan dengan KWSP secara atas talian, setiap ahli KWSP boleh mendaftar i-Akaun yang merupakan sistem interaktif badan simpanan kewangan ini.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian.

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI.

Manakala tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.