Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024 - Terhad

Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024 – Terhad kepada 35,000 Orang Peserta

Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024 – Program MyLesen B2 tahun 2024 yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk memberi peluang kepada golongan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia kelas B2.

Tujuan program ini adalah untuk memberikan sokongan kepada golongan B40 agar dapat memberikan akses kepada lebih ramai individu untuk memiliki lesen memandu serta membuka pintu kepada peluang pekerjaan dan mobiliti yang lebih besar.

Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024

Penting untuk bertindak dengan segera sekiranya berminat menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024 kerana tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi. Jumlah peserta yang ditetapkan adalah sebanyak 35,000 orang peserta sahaja.

Program ini adalah untuk membantu golongan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 serta menggalakkan masyarakat untuk memandu kenderaan motosikal khususnya secara sah di sisi undang-undang serta dapat mengikuti peraturan jalan raya yang betul.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Lesen Percuma 2024

  • Peserta yang berwarganegara Malaysia
  • Peserta yang berumur 16 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada golongan B40 dan Tanggungan
  • Sihat fizikal dan mental
  • Peserta yang belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Peserta yang tidak disenarai hitam oleh Mahkamah, JPJ dan PDRM

Permohonan Bantuan Lesen Percuma

Baca juga:

Cara permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024

  • Peserta hendaklah mengisi borang google form atau mengimbas QR kod yang disediakan;
  • Peserta perlu mengisi maklumat dengan lengkap, benar dan tepat

Permohonan Bantuan Lesen Percuma

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti atau sebarang persoalan berkenaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 klik  – DI SINI.