Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Bantuan Komputer Riba Kepada Mahasiswa Tahun Bagi 2024

Bantuan Komputer Riba Kepada Mahasiswa Bagi Tahun 2024

Tawaran Bantuan Kompter Riba Kepada Mahasiswa – Majlis Agama Islam (MAIWP) menawarkan Bantuan Komputer Riba 2024 kepada mahasiswa asnaf yang layak.

MAIWP membuka tawaran hanya kepada mahasiswa (dalam kateori asnaf) yang sedang mengikuti atau melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan bidang atau kursus pengajian mesti selaras dengan Hukum Syarak.

Syarat-syarat Permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP

  • Pemohon hendaklah seorang yang beragama Islam
  • Pemohon yang bertaraf warnanegara Malaysia
  • Pemohon yang bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun)
  • Pemohon yang melanjutkan pengajian sepenuh masa samada di peringkat Diploma atau Ijazah
  • Institusi Pengajian Tinggi di Dalam negara atau Luar Negara (Awam atau Swasta)
  • Bidang atau kursus yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian TAHUN PERTAMA SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan dari pihak universiti.

Tempoh Permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP

Tempoh permohonan adalah bermula dari 15 Disember 2023 (Jumaat) sehingga 15 Januari 2024 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 

Bantuan Komputer Riba

Baca Juga:

Cara Permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP

  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang dimuat turun melalui lam web www.maiwp.gov.my
  • Mendapatkan borang permohonan di pejabat yang ber alamat seperti di bawah;
    • Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55,
      Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur;
    • Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA);
    • AIWP Cawangan WP Putrajaya;
    • MAIWP Cawangan WP Labuan.
  • orang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke
    kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/
    Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat
    (PAZA) di Wilayah Persekutuan.
  • Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat pada hari
    bekerja melalui talian: 03-26399000 sambungan 20407/ 20408/ 20413/
    20415/ 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti atau sebarang persoalan berkenaan Tawaran Bantuan Komputer Riba MAIWP klik  – DI SINI.