Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat – Kerajaan telah memperkenalkan program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) iaitu membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Program ini adalah untuk menolong ahli KWSP yang mengalami kesulitan kewangan akibat wabak COVID-19.
Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat
KWSP membenarkan ahli membuat permohonan Pengeluaran Bersyarat sebelum mencapai umur 50 atau 55 tahun. Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan kewangan ahli KWSP untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pinjaman peribadi dari bank.
Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
Baca Juga:
- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) 2024 – Cara Daftar dan Kemaskini Sehingga 31 Mac 2024
- Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024 – Terhad kepada 35,000 Orang Peserta
- Bantuan Awal Persekolahan RM150 Setiap Seorang
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Tahun 2024 – Semakan Status Terkini
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
Amaun Kelayakan Pengeluaran Simpanan
Gambar dibawah menunjukkan keterangan amaun kelayakan pengeluan simpanan Akaun 2
Syarat Pengeluaran Simpanan
- Ahli yang warganegara Malaysia
- Ahli yang belum yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
- Permohonan adalah sekali sahaja
- Sekiranya permohonan lulus, tidak boleh dibatalkan
- Dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM3,000
- Pengeluaran bersyarat adalah sebanyak RM50,000 dari Akaun 2 (bergantung kepada jumlah peribadi yang ditetapkan oleh institusi perbankan)
Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat
- Permohonan melalui dalam talian
- Untuk mengetahui kelayakan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan Akaun 2 melalui laman web rasmi institusi perbankan yang terlibat
- Sekiranya layak, ahli perlu mengisi borang yang di sediakan di lama web rasmi institus perbankan tersebut dengan memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum permohonan diproses.
- Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
Maklumat Lanjut Pengeluaran Wang Khas KWSP Bersyarat
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai FSA2, anda boleh menghubungi kami melalui saluran-saluran yang tersedia:
- Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ ATAU
- Terus ke pautan pantas https://fsa2.kwsp.gov.my/