Bantuan RM1200 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan RM1200 Untuk Rakyat Malaysia – Untuk membantu rakyat menghadapi kesan pandemik COVID-19, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan program. Antara program-program ini ialah bantuan kewangan, bantuan makanan, bantuan pekerjaan, dan bantuan pendidikan. Setiap program ini disasarkan kepada kumpulan yang memerlukan, seperti golongan B40, golongan OKU, pelajar, dan pekerja. Program-program ini juga dikendalikan oleh Kementerian atau Jabatan yang berkaitan dengan bidang kuasa mereka, seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, dan sebagainya.

Ucapan belanjawan 2023 di Parlimen pada 24 Februari 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengumumkan pelbagai strategi dan langkah yang selaras dengan aspirasi beliau untuk membawa negara ke arah kemajuan.

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Bantuan RM1200 Untuk Rakyat Malaysia

Untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik, kerajaan telah melancarkan Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memberi bantuan kewangan kepada mereka. Program ini akan diteruskan di bawah Belanjawan 2023, dan penerima yang layak juga akan mendapat SARA, iaitu elaun tunai tambahan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup.

SARA akan naik dua kali ganda daripada RM600 kepada RM1,200.

SARA adalah program bantuan tanpa tunai yang memberi RM100 sebulan kepada penerima yang layak. Bantuan ini akan dikreditkan secara automatik selama 12 bulan melalui MyKad setiap penerima yang layak.

Bantuan RM1200 Untuk Rakyat

Baca Juga:

 

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan RM1200 Untuk Rakyat Malaysia

  • Pemohon adalah seorang Warganegara Malaysia;
  • Pemohon yang tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Pemohon yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran Bantuan RM1200 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan STR akan diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat dan permohonan yang telah diluluskan, bermula Januari 2024.

Penerima yang layak akan diberitahu tentang kedai runcit terdekat yang boleh digunakan untuk membeli keperluan runcit asas dan mendapat penerangan tentang cara menggunakan bantuan ini.

Kami bekerjasama dengan lebih 600 rakan runcit di seluruh Malaysia, termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), dan juga pasar raya dan pasar mini bebas yang lain.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.