MyKasih 2024 : Semakan Status Bayaran SARA Fasa 1

MyKasih 2024 – Belanjawan 2024 telah diumumkan mengenai penerima STR akan mendapat Bantuan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan selama setahun. Ini adalah untuk membantu membeli keperluan asas di kedai runcit yang terlibat.

SARA telah diagihkan lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana setiap penerima mendapat sebanyak RM600.

Datuk Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri telah menyifatkan sumbang ini untuk membolehkan penerima mendapat barangan keperluan makanan asas.

Bantuan MyKasih 2024 – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Dalam Belanjawan Madani 2024 telah mengumumkan bantuan SARA adalah sebagai bantuan tambahan kepada isi rumah untuk membantu golongan miskin tegar khususnya.

Bantuan tambahan ini adalah sebanyak RM1200 kepada isi rumah yang mempunyai lima atau tiga anak dan mempunyai beberapa kriteria tambahan yang relevan.

Bantuan ini diberikan kepada 700,000 menggunakan kaedah pembayaran seperti sebelum ini iaitu menggunakan MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Penerima STR dalam kategori isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-kasih layak untuk menerima kadar tambahan STR berjumlah RM1200.

MyKasih 2024

 

Baca Juga:

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Dalam data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telah menetapkan 2 kategori isi rumah iaitu miskin dan miskin tegar. Kategori isi rumah miskin atau miskin tegar berhak untuk mendapat Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 selama 12 bulan yang bermula Januari ini.

MyKasih 2024

Berikut merupakan lampiran penuh :-

MyKasih 2024

Semakan Kelayakan

Penerima boleh membuat semakan melalui laman web rasmi STR melalui pautan ini SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (hasil.gov.my)

MyKasih 2024

Semakan Status MyKasih 2024

Berikut merupakan kaedah yang boleh dibuat untuk mengetahui samada layak menerima bantuan asas barang dapur melalui SARA

  • Semakan melalui Portal MySTR
  • Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  • Surat Pemakluman
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
  • Menghubungi HASIL, MOF atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MySTR

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Semakan Melalui Portal MyKasih 2024

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut :

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

MyKasih 2024

Tarikh Bayaran Bantuan Rm100 (SARA)

Pada tahun 2024, Isi rumah yang berstatus miskin tegar di bawah data eKasih atau JKM akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM1oo selama 12 bulan dan mula disalurkan bermula Januari hinggal Disember 2024.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SARA boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

MyKasih 2024

MyKasih 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my