Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
STR Bujang : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024 - AdaKerjaya - Bantuan Kerajaan, Kerjaya & Semakan Permohonan

STR Bujang : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024

STR Bujang – Kategori bujang iaitu 21 tahun keatas kini boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini. Sekiranya tidak melanjutkan di mana-mana institusi pengajian.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai permohonan untuk STR pada tahun 2024.

Pengenalan

STR adalah Sumbangan Tunai Rahmah iaitu sebuah inisiatif daripada kerajaan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini.

Selain itu, terdapat beberapa kategori yang akan mendapat bantuan ini antaranya adalah bujang, warga emas, OKU, dan isi rumah. Golongan ini akan menerima bantuan tersebut sekiranya layak.

Syarat Kelayakan STR Bujang

Bujang

  • Individu yang bujang (tidak termasuk yang masih belajar di mana-mana institusi pengajian)
  • Individu bujang yang dalam kategori ibu/bapa tunggal, balu, janda, duda yang tiada anak dan menepati syarat kelayakan
  • Individu yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Individu yang berpendapatan di bawah RM2500

Jumlah Bayaran STR 2024

Berikut merupakan jumlah bayaran bagi penerima yang layak dan menepati syarat;

STR Bujang

Baca Juga:

Tarikh Bayaran STR Bujang 2024

Penerima bantuan pada tahun 2024 dalam kategori bujang akan terbahagi kepada 4 fasa iaitu;

  • Fasa 1 (Februari 2024)
  • Fasa 2 (April 2024)
  • Fasa 3 (Ogos 2024)
  • Fasa 4 (November 2024)

STR Bujang

Nota: Pembayaran bagi kategori STR Bujang untuk Fasa 1,2,3, dan 4 secara berperingkat dan tertakluk pada perubahan masa.

Cara Permohonan

Pemohon baru pada tahun 2024 hendak membuat permohonan boleh klik PanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharu untuk memuat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023).

Perlu Atau Tidak Kemaskini STR 2024?

Borang MySTR Tahun 2024 Fasa 1

Borang permohonan STR 2024 BK-01 [1/2024]

  • Saluran pertama – melayari laman portal MySTR dan muat turun borang tersebut. klik DI SINI
  • Saluran kedua – dengan pergi ke Pejabat HASiL/Pejabat Satelit HASiL/UTC HASiL yang berdekatan dan mengambil borang secara fizikal.

Penghantaran Borang Secara Manual MySTR 2024

Semasa menghantar borang STR 2024 pemohon perlu untuk sertakan dokumen sokongan.

Pemohon perlu menghantar ke mana-mana cawangan yang berhampiran dan memastikan bahawa pejabat yang di pilih adalah sama seperti negeri pemohon.

Antara pejabat tersebut adalah;

  • Pejabat HASiL
  • Pejabat Satelit HASiL
  • UTC HASiL

Pemohon akan mendapat keratan Akaun Penerimaan Permohonan STR seperti berikut sekiranya menghantar borang secara manual;

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/