STR 2024 – Tarikh Pembayaran & Semakan Status Bayaran STR Fasa 1 Telah Diumumkan oleh kementerian kawangan Malaysia. Penerima STR yang permohonannya layak atau berjaya akan menerima bayaran pada 29 Januari 2024 iaitu pada minggu hadapan. Bayaran STR 2024 Fasa 1 telah di awalkan pada Januari ini.
STR 2024 : Tarikh & Semakan Kadar Bayaran STR Fasa 1
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan untuk meningkatkan kadar minimum STR bagi golongan belia dan isi rumah. Beliau berkata “Kami telah memutuskan untuk menaikkan jumlah bantuan STR yang diberikan kepada golongan yang memerlukan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.”
Baca Juga:
- STR Bujang : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024
- Bantuan Insentif Khas RM1,500 Untuk Setiap Individu
- MyKasih 2024 : Semakan Status Bayaran SARA Fasa 1
- Cara Semak Status SARA 2024 – Semak Sekarang
- Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun 2024
Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Ke Bawah)
- Isi Rumah yang berpendapatan RM2500 ke bawah (tiada had umur)
- Tiada anak – RM500
- 1 ke 2 anak – RM500
- 3 ke 4 anak – RM500
- 5 anak atau lebih – RM500
Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 hingga RM5000)
- Isi Rumah yang berpendapatan RM2500 hingga RM5000 (tiada had umur)
- Tiada adak – RM100
- 1 ke 2 anak – RM150
- 3 ke 4 anak – RM250
- 5 anak atau lebih – RM300
Bujang/Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang yang berpendapatan RM2500 ke bawah (berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
- Warga Emas Tiada pasangan berpendapatan RM5000 ke bawa (berumur 60 tahun ke atas) – RM150
Permohonan & Semakan Status STR 2024
Permohonan STR 2024 telah dibuka sepanjang tahun. Berikut merupakan gambaran untuk tempoh permohonan baru dan kemaskini maklumat terkini;
STR 2024 : Tarikh Bayaran
- Fasa 1 – 29 Januari 2024 (Isnin)
- Fasa 2 – April 2024
- Fasa 3 – Ogos 2024
- Fasa 4 – November 2024
Bayaran Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)
Bagi mereka yang memenuhi syarat akan menerima kadar tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut merupakan golongan yang layak;
- Kategori MISKIN atau MISKIN TEGAR mengikut data e-Kasih atau Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) akan mendapat RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Jumlah keseluruhan RM1200.
- Kategori ISI RUMAH yang bukan terstatus Miskin atau Miskin Tegar mengikut data e-Kasih atau JKM akan mendapat RM300
- Kategori BUJANG dan WARGA EMAS TIADA PASANGAN yang bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar mengikut data e-Kasih atau JKM akan mendapat RM150
Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/