Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian STR akan memanfaatkan 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Perkara ini telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.
STR diberikan kepada golongan miskin, B40 dan M40 yang layak, samada mereka bujang, berkeluarga atau warga emas. Jumlah sumbangan bergantung kepada kategori penerima.
Kadar Bayaran STR 2024 Fasa 1 Mengikut Kategori
- Isi Rumah – Kadar pendapatan RM2500 ke bawah : RM500
- Isi Rmah – Kadar pendapatan RM2500-RM5000 : RM100-RM300
- Warga Emas yang tiada pasangan : RM150
- Bujang : RM100
Baca Juga:
- STR Bujang : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024
- Bantuan Insentif Khas RM1,500 Untuk Setiap Individu
- MyKasih 2024 : Semakan Status Bayaran SARA Fasa 1
- Cara Semak Status SARA 2024 – Semak Sekarang
- Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun 2024
Kaedah Pembayaran STR 2024
Mulai 29 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024, penerima yang mempunyai akaun bank akan mendapat bayaran secara automatik melalui akaun mereka.
Penerima yang tiada akaun bank boleh mendapatkan bayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Malaysia (BSN) bermula pada tarikh yang sama.
Sila pastikan anda membawa kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti. Jika anda tidak dapat hadir sendiri, anda boleh melantik wakil yang berdaftar untuk menuntut bayaran bagi pihak anda.
Semakan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Berikut merupakan cara semakan Status Permohonan STR 2024 yang akan di terima oleh penerima STR;
- Melayari Portal Rasmi STR 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Log Masuk kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
- Klik butang “Semakan Permohonan”
- Paparan status kelulusan anda akan dipaparkan seperti di bawah;
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
atau klik SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SEMAKAN_STATUS_STR_2024 untuk memuat turun semakan status STR secara terperinci.