Jadual Bayaran STR 2024 Fasa 1 Mengikut Bank Penerima

Jadual Bayaran STR 2024 –  Pembayaran STR 2024 Fasa 1 telah diawalkan oleh kerajaan iaitu pada 29 Januari 2024. Bantuan ini akan disalurkan mengikut bank penerima secara berperingkat.

Penerima boleh membuat semakan status bayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Jadual Bayaran STR Fasa 1 Mengikut Bank

  • Agro Bank – Selepas jam 8pm
  • Affin Bank – Selepas jam 8pm
  • Bank Islam – Selepas jam 9pm
  • RHB Bank – Selepas jam 9pm
  • Bank Rakyat – Selepas jam 10pm
  • Maybank – Selepas jam 10pm
  • CIMB – Selepas jam 9pm
  • BSN – Bayaran bermula 26 Januari 2024

Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat. Oleh itu, penerima yang berstatus layak atau berjaya hendaklah bersabar sepanjang tempoh pemberian ini berlangsung.

STR 2024 : Tarikh & Semakan Kadar Bayaran STR Fasa 1

Perdana Menteri Malaysia, Datuk  Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan jumlah bantuan STR yang diberikan kepada golongan yang memerlukan dan sememangnya layak.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan atau meringankan serba sedikit beban kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat.

Gambaran di bawah adalah jumlah bantuan STR yang baharu untuk setiap kategori penerima;

Jadual Bayaran STR 2024

Baca Juga:

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan di bawah Rm2,500 (tiada had umur)
    • 5 anak atau lebih – RM500
    • 3 – 4 anak – RM500
    • 1 – 2 anak – RM500
    • Tiada anak – RM500
  • Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
    • 5 anak atau lebih –  RM300
    • 3 – 4 anak – RM250
    • 1 – 2 anak – RM150
    • Tiada anak – RM100

Kategori Bujang / Warga Emas yang tiada pasangan

  • Pendapatan bujang RM2,500 ke bawah (berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
  • Pendapatan Warga Emas yang tiada pasangan RM5000 ke bawah (60 tahun ke atas) – RM150

Permohonan dan Semakan Status STR 2024

Permohona boleh dibuat sepanjang tahun bermula 1 November 2023 lagi.

Semua pemohon digalakan untuk membuat kemaskini maklumat atau permohonan baru secara dalam talian taua boleh terus hadir di mana-mana kaunter LHDN Malaysia yang berhampiran.

Jadual Bayaran STR 2024

Semakan Status Bayaran STR 2024

Tarikh Bayaran STR 2024

  • Fasa 1 – 29 Januari 2024 (Isnin)
  • Fasa 2 – April 2024
  • Fasa 3 – Ogos 2024
  • Fasa 4 – November 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi  https://bantuantunai.hasil.gov.my/