Permohonan Rayuan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 telah di buka sejak 29 Januari 2024 lagi. Pemohon tidak perlu merasa kecewa sekiranya tidak lulus untuk mendapatkan bantuan ini kerana kerajaan telah membuka permohonan rayuan untuk anda.
Hal ini adalah untuk memastikan bahawa kerajaan dapat memastikan program STR 2024 diberikan kepada penerima yang benar-benar layak dan dapat mengatasi masalah sekiranya ada yang terlepas pandang dari pihak kerajaan.
Siapa Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan STR 2024
- Permohonan yang berstatus “TIDAK LULUS” untuk STR 2024
- Pemohon yang berstatus “LULUS” tetapi terhad iaitu kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Mengapa Permohonan Berstatus “TIDAK LULUS”
- Permohonan STR 2024 yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi.
- Terdapat kesilapan dalam proses pengisian maklumat secara atas talian.
Baca Juga:
- Bantuan Laptop Percuma Untuk Golongan B40 Tahun 2024
- Bantuan Insentif Khas RM1,500 Untuk Setiap Individu
- Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2024
- Cara Semak Status SARA 2024 – Semak Sekarang
- Jadual Bayaran STR 2024 Fasa 1 Mengikut Bank Penerima
Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024
- Boleh di buat secara dalam talian
- Secara bersemuka di Pejabat HASiL yang berdekatan dengan mengemukakan Borang Kertas.
- Untuk mengetahui Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASiL – klik DI SINI
Cara Membuat Rayuan STR Secara Online
- Perlu melayari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk pada menu utama > Masukan ID (no kad pengenalan) > Kata Laluan
- Sekiranya belum mendaftar STR 2024, sila rujuk di sini
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan STR 2024
- MyKad Pemohon / Pasangan
- MyKad / MyKid anak
- Sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan)
- Dokumen pengenalan pasangan,
- Dokumen lain mengikut alasan “tidak lulus” masing-masing
Bila Boleh Diketahui Status Kelulusan Rayuan
Keputusan permohonan rayuan STR 2024 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan selepas tempoh permohonan di tutup.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/