MyJPJ 2024 : Cara Renew Lesen Memandu & Roadtax Digital

MyJPJ 2024 – Pengumuman penting untuk pemandu kereta persendirian; anda kini boleh menjimatkan masa dan wang dengan memperbaharui roadtax & lesen memandu secara online!

Hanya perlu muat tutun Apps MyJPJ dan ikut langkah mudah yang diberikan bermula 1 Februari 2024.

Pengenalan

Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau ‘roadtax’ tidak lagi wajib ditampal pada kenderaan persendirian rakyat Malaysia, menurut pengumuman terbaru oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Langkah ini bertujuan untuk memudahkan urusan pengesahan lesen kenderaan bermotor secara dalam talian.

Pemilik kenderaan persendirian yang berstatus warganegara kini boleh menikmati kemudahan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) menerusi Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ.

Kemudahan ini bermula pada 10 Februari 2023 sebagai sebahagian daripada projek perintis yang dibangunkan sendiri oleh JPJ. Dengan adanya kemudahan ini, pemilik kenderaan tidak perlu lagi memaparkan lesen kenderaan bermotor pada kenderaan mereka, seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan.

MyJPJ 2024

Renew Lesen Memandu & Roadtax Digital Di Aplikasi MyJPJ 2024

Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara.

Untuk memudahkan pengguna, MyJPJ menawarkan rebat RM5 bagi mereka yang memperbaharui lesen CDL mereka melalui aplikasi bermula 1 Februari 2024.

Baca Juga:

Cara Memuat Turun Aplikasi MyJPJ

  1. Muat Turun aplikasi MYJPJ di “Google Playstore” atau “App Store”
  2. Tekan Butang “DAFTAR AKAUN BARU”
  3. Masukkan NO. MYKAD pemilik
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan seperti no. telefon, no Siri Lesen Memandu, emel dan lain-lain.
  5. Jika pendaftarab anda BERJAYA, sila semak emel yang telah didaftarkan untuk mendapatkan kata laluan sementara
  6. Log Masuk akaun anda dengan menggunakan ID Pengguna (No Kad Pengenalan) dan kata laluan sementara.
  7. Pilih tiga (3) soalan sekuriti yang mudah untuk diingati. Masukkan jawapan untuk soalan yang terpilih. Klik “SETERUSYA”
  8. Tetapkan Kata Laluan baru anda dan sahkan.
  9. Setelah berjaya log masuk akaun anda, klik butang “PROFIL” bahagian sudut kanan bawah > Klik bahagian “Lesen Kenderaan Motor” untuk paparan “ROADTAX KENDERAAN DIGITAL” anda.
  10. TAHNIAH!! Anda Berjaya. Untuk pembayaran, Sila rujuk ke kaunter pos untuk proses seterusnya.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online MyJPJ 2024

Berikut merupakan gambaran untuk membuat pembaharuan e-LMM melalui aplikasi MyJPJ;

MyJPJ 2024

CaraRenew Roadtax Secara Online MyJPJ 2024

Berikut merupakan gambaran untuk membuat pembaharuan e-LKM melalui aplikasi MyJPJ;

MyJPJ 2024

Maklumat Lanjut

SUMBER : Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Video Pengumuman Oleh MOT : https://www.tiktok.com/@anthonyloke/video/7320558027365567745?lang=en