Bantuan E-Wallet RM300 2024 : Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan e-Wallet RM300 2024 – bentuk bantuan untuk rakyat Selangor (BINGKAS) bagi meringankan beban kewangan untuk mereka.

Kerajaan telah mengumumkan bantuan tersebut sebanyak RM300 dalam bentu e-wallet. Rakyat selangor boleh menggunakan untuk membeli barang keperluan asas di rumah atau keperluan seharian mereka.

Bantuan E-Wallet RM300 2024

Antara kelebihan mendapatkan bantuan e-wallet ini adalah seperti berikut;

  1. Bantuan yang diberikan sebanyak RM300 setiap bulan
  2. Boleh digunakan di mana-mana kedai runcit atau pasaraya yang telah didaftarkan untuk bantuan BINGKAS
  3. Bayaran yang diterima hanya dalam bentuk e-wallet atau elektronik bagi memastikan keselamatan pelanggan.
  4. Bantuan e-wallet(BINGKAS) tidak dapat dibawa ke bulan seterusnya

Bantuan E-Wallet RM300 2024

Baca Juga :

Syarat Kelayakan E-Wallet RM300 2024

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  4. Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  5. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan

Dokumen Sokongan Permohonan

  • Salinan Kad Pengenalan (untuk diri sendiri dan pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (anak-anak atau tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa atau ibu tunggal)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Bagi tujuan pengesahan pendapatan, anda perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Ketua Komuniti yang berkenaan, seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung. Surat ini adalah untuk mereka yang menjalankan perniagaan sendiri atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai BINGKAS, sila layari portal rasmi kami di https://bingkasselangor.com/