eGUMIS 2024 : sebuah sistem yang membolehkan anda melihat senarai wang yang belum diambil oleh pemiliknya. Anda boleh menyemak samada anda mempunyai wang tidak dituntut (WTD) menggunakan sistem ini.
Wang Tidak Dituntun (WTD) Dalam Sistem eGUMIS 2024
WTD adalah singkatan bagi Wang Tidak Dituntut, iaitu wang yang sepatutnya diterima oleh individu tetapi tidak dituntut daripada sumber tertentu. Portal eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) adalah satu sistem dalam talian yang membolehkan individu menyemak status WTD mereka dengan mudah dan cepat.
Menurut statistik, terdapat lebih daripada RM11.7 bilion WTD yang belum dituntut oleh rakyat Malaysia pada tahun 2023, dan angka ini dijangka akan bertambah setiap tahun.
Oleh itu, adalah penting bagi setiap individu untuk mengambil tindakan segera untuk mendapatkan WTD yang berhak mereka miliki.
Baca Juga:
- MyKasih 2024 : Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
- Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Contoh Wang Tidak Dituntut
- Dividen
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
- Akaun simpanan
- Akaun semasa
- Akaun pemiutang dagangan
- Akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Siapa Yang Boleh Buat Semakan eGUMIS 2024
Anda boleh menyemak Wang Tak Dituntut anda secara dalam talian dengan menggunakan nombor pengenalan diri anda atau nombor pendaftaran syarikat anda.
Ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk memudahkan individu dan syarikat/firma mendapatkan wang mereka yang belum dituntut.
Cara Membuat Semakan eGumis 2024
- Klik portal rasmi eGumis 2024 https://egumis.anm.gov.my/
- Buat pendaftaran pengguna secara online/atas talian (sekiranya belum mendaftar)
- Log masuk ke dalam sistem eGumis menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Kemaskini maklumat pengguna
- Tekan pada ruangan “Carian Wang Tidak Dituntut”
- Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan bagi tujuan semakan. (cth; no. kad pengenalan / no. syarikat) [jika ada]
- Klik “Cetak” (jika perlu)
Permohonan Tuntutan WTD Secara Online
- Pemilik WTD itu sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- Pelikuidasi yang mewakili syarikat yang sedang dalam proses penggulungan;
- Individu atau syarikat yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat yag bubar atau individu bankrap
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai eGUMIS 2024, sila layari portal rasmi di https://egumis.anm.gov.my/