MySTR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

MySTR Fasa 2 – Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan ini akan mula dibayar pada bulan April 2024, mengikut pengumuman Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Individu yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu mendaftar melalui sistem MySTR. Pendaftaran untuk tahun ini telah mencapai seramai 8.2 juta orang telah berjaya mendaftar. Anda boleh menyemak status, jumlah dan tarikh bayaran anda melalui laman web MySTR.

MySTR Fasa 2

Baca Juga:

Tarikh Bayaran MySTR Fasa 2

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 boleh menjangkakan bayaran mereka pada bulan April 2024, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, bayaran ini adalah sebagai bantuan kepada rakyat menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini. Bayaran ini juga akan dibuat lebih awal daripada jadual asal yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Kerajaan juga telah mengumumkan beberapa pembaharuan dalam Belanjawan 2024, termasuk bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Penerima Fasa 2 adalah mereka yang telah menerima Fasa 1 dan masih hidup atau pasangannya masih hidup sehingga 28 Februari, seperti yang disahkan oleh LHDN. Bagi mereka yang bukan termasuk dalam Fasa 1 dan Fasa 2, mereka boleh membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat mereka. Namun, mereka hanya akan menerima bayaran pada Fasa 3 jika layak.

Cara Semakan MySTR Fasa 2

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/